30 April 2013

Calon PAS N.10 Teluk Pasu; Ustaz Ridzuan Hashim

Asslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya Ridzuan bin Hashim, berasal dari Kampung Teluk Pasu, Dilahirkan pada tahun 1972 dan saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Pasu, peringkat menengah di Sekolah Kebangsaan Sheikh Abdul Malik selama lima tahun. Kemudian saya  menyambung pelajaran di peringkat diploma dalam bidang syariat di KUSZA selama tiga tahun, Kemudian saya menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Al-Azhar selama tiga tahun juga dalam bidang syariat


Selepas itu saya balik ke tanah air pada tahun 1996 dan menyambung pelajaran  ke peringkat Master dalam bidang syariat di Universiti Kebangsaan Malaysia.Saya dalam tempoh menyambung pelajaran di UKM pada masa yang sama saya bertugas sebagai imam di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.Lebih kurang hampir lima tahun dan saya balik ke Terengganu pada tahun 2004 dan buat kerja sendiri di samping aktif dam Parti Islam Semalaysia (PAS).

Pada tahun 2008 saya diamanahkan oleh PAS untuk menjadi calon untuk pengalaman kali pertama itu saya belum lagi mencapai kemenangan dan tewas majoriti 400 sahaja. Pada PRU 13 ini saya sekali lagi diamanahkan oleh parti bagi DUN Teluk Pasu ini dan yang akan berhadapan dengan calon yang sama juga semasa saya hadapi pada PRU 12, 2008 iaitu Datuk Abdul Rahim. Saya mengambil kesempatan disini untuk menyatakan visi dan misi saya sekiranya diberi kepercayaan khususnya oleh rakyat DUN Teluk Pasu untuk menjadi wakil mereka selepas pilihanraya 5 Mei akan datang.

Jadi InsyaAllah diantara agenda yang akan kita berikan penekanan yang pertama dari sudut kebajikan rakyat Dun Teluk Pasu sendiri yang saya lihat masih ada banyak ruang kekurangan dan kecacatan dari sudut kecaknaan dari  mengambil perhatian yang serius terhadap kebajikan  rakyat khususnya diantara fakir miskin. Masih ada yang tercicir begitu juga penekanan dari aspek pendidikan. Insyaallah kita akan melihat ruang-ruang yang ada untuk memberikan memberikan pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat samaada  di peringkat orang muda mahupun  yang sudah tua.

Supaya kita ini tidaklah hanya bergantung kepada kekuatan ataupun kita kata dari sudut keduniaan semata-mata tanpa dibekalkan dengan ilmu khusunya tentang kefahaman Islam tersendiri kerana saya melihat kesan daripada kefahaman kebendaan ini rata-rata masyarakat kita semacam dah lupa pada ugama mereka, akidah mereka lebih-lebih lagi tentang keadaan alam yang akan hidup di alam akhirat kerana tertumpu pada dun ia ini.[Lihat Video]

Diantara agenda yang akan kita tumpu dan fokus ialah dari sudut ekonomi khususnya dari sudut ekonomi. Saya mendapat respon dan juga pandangan dikalangan orang muda berkenaan dengan apa agenda dari sudut nak membantu mereka dalam aspek ekonomi.Ingat dari tekana hidup yang semakin meningkat dengan kos sara hidup mereka. Jadi antara ini yang kita akan memberi perhatian.Insyaallah kita boleh selesaikan apabila kita diberikan mandat di peringkat negeri untuk kita mentadbir seperti kita telah masukkan dalam manifesto kita akan cuba wujudkan 17,000 peluang pekerjaan. Jadi ini adalah peluang yang terbaik untuk kita menyeleaikan masalah anak muda dari sudut ekonomi mereka. Oleh itu, yang kita akan berikan perhatian dari aspek kebajikan dari sudut pendidikan dan dari sudut ekonomi khususnya anak muda InsyaAllah.

Dan saya juga mengambil kesempatan disini untuk menyeru kepada seluruh pengundi DUN Teluk Pasu yang ada di luar kawasan sama ada diluar kawasan DUN teluk Pasu ataupun di luar negeri Terengganu saya menyeru kepada mereka supaya pulang untuk mengundi dan ini adalah satu peluang yang tidak seharusnya kita lepaskan begitu sahaja kerana ianya akan menentukan masa depan negara kita bagi menentukan kepimpinan yang manakah akan menerajui negara kita  di masa yang akan datang jadi peluang 4-5 tahun sekali ini seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja. Jadi sekali lagi saya menyeru supaya pengundi di luar Teluk Pasu supaya pulang dan menunaikan tanggungjawab mengundi pada 5 Mei nanti InsyaAllah.   

Laman sosial rasmi Ustaz Ridzuan https://www.facebook.com/UstazRidzuanHashim

Tiada ulasan: