Haji Muhyiddin Berazam Mengembalikan Kedaulatan Islam dan Memajukan Kuala Berang

HULU TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu yang telah diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di Dun Kuala berang berazam untuk mengembalikan kedaulatan Islam dengan melaksanakan undang-undang mengikut hukum syarak yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 200 lalu.

Selain itu, beliau berjanji akan berusaha untuk memajukan negeri Terengganu, khususnya Dun Kuala Berang sekiranya PAS diberi mandat pada piliharaya umum ke-13 (PRU13) kali ini.



"InsyaAllah, (sebagaimana moto) Terengganu Maju, Islam Berdaulat dan Negeri Berkebajikan, kita berazam untuk mengembalikan Islam di negeri Terengganu kita ini. Kita telah meluluskan undang-undang mengikut hukum syarak bagi negeri Terengganu.

"Sekiranya diberi amnah oleh rakyat, kita akan melaksanakan segalanya kita telah luluskan di dewan undangan negeri pada tahun 2000 yang lepas. Selain daripada itu, kita akan berusaha untuk memajukan negeri  Terengganu khususnya Dun Kuala Berang ini,"ujarnya ketika ditemui dirumahnya, di ini. [lihat Video]

Beliau penuh yakin, dalam PRU-13 pada 5 Mei depan, rakyat akan memberi undi pada Pakatan Rakyat,  khususnya kepada PAS bagi membentuk sebuah Kerajaan.

Antara usaha yang akan diambil, kata beliau adalah memberikan kemudahan kepada sktor perniagaan dan pelancongan dengan menyediakan pelbagai bentuk kemudahan.

Selain itu, menurutnya, PAS akan berusaha mewujudkan satu suasana yang baik dengan mengutamakan kebajikan kepada rakyat disamping meghindarkan penyelengan dan pembaziran.

"Kita kan cuba menghindarkan sebanyak yang boleh pembaziran, khususnya (sebagaimana) pembaziran yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasoinal  di negeri Terengganu,"jelasnya.

Katanya, bukti pembaziran itu adalah, walaupun Terengganu antara sebuah negeri yang paling kaya dengan hasil minyak tetapi rakyat terengganu masih berada di tahap kemiskinan kedua paling ramai diseluruh Malaysia.

Justeru, walaupun ia menjadi suatu cabaran kepada pimpinan PAS dan pimpinan kerajaan negeri akan datang, namun PAS mengatasi masalah tersebut supaya rakyat Terenggau tidak lagi berada dalam tahap kemiskinan.

Ulasan