Kenderan Calon PAS N.26 Rantau Abang DiConteng Perkataan Lucah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kereta%20cikgu%20alias.jpgDUNGUN - Kenderaan Cikgu Alias Harun, calon PAS N.26 Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang [Gambar Kanan] telah diletakkan ditempat 'parkir' di rumahnya, belakang Hospital Dungun di sini, dalam keadaan baik sejak jam 11.30 malam Isnin, 22 April.

Menurut Ketua Pemuda PAS Rantau Abang, Syed Mohd Razali, kenderaan pelbagai guna Toyota Unser itu diletakkan dalam keadaan elok dan dikunci dengan baik.

Katanya, rondaan yang dibuat oleh Unit Keselamatan PAS Dun Rantau Abang yang memeriksa sekitar kediaman calon PAS itu tidak mendapati apa-apa kelainan yang berlaku terhadap kenderaan tersebut.



http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Alias%20Harun.jpgBeliau berkata, contengan perkataan lucah itu hanya disedari oleh anak perempuan Cikgu Alias, Sumaiyyah, ketika beliau mahu menghantar adiknya ke sekolah.

"kereta parking kat rumah jam 11.30 malam tadi, dalam keadaan elok dan di kunci, Unit Keselamatan 'round' jam 2 pagi...... OK je (tiada apa yang berlaku), pagi ini kira-kira jam 7.30 pagi, anak dia (Cikgu Alias) Sumaiyyah nak gi hantar adik(nya) ke  sekolah nampak kereta dah kena sembur cat.

"Cat putih dengan tulisan (perkataan) 'fuck' kat (di) cermin belakang dan pintu penumpang sebelah kiri,"ujar Syed Mohd ketika ditemui.

Oleh itu, ekoran kejadian 'khianat' itu, kata Syed, pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Rantau Abang telah membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada petang 23 April.

Beliau amat kesal dengan tindakan 'provokasi' lucah itu dan berharap pihak poli bertindak segera bagi mmbendung sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, terutama dalam musim 'panas', musi kempen pilhanraya yang sedang berlangsung sekarang.

Ulasan