Lima Agenda Besar Calon PAS Parlimen Kuala Nerus

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kuala%20nerus2.jpgKUALA NERUS – Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali menegaskan tiga kerja besar yang perlu dilaksanakan oleh semua ahli dan petugas PAS sepanjang 14 hari waktu berkempen pilihanraya umum ke-13 sebagaimana yang ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

“Kita baru selesai penamaan calon dan di hadapan kita kerja-kerja yang sangat banyak menanti kita kerana (hari) ini baru mukaddimah. Kerja kita seperti biasa pertamanya kita nak sampaikan akidah perjuangan kita, itu yang pertama,

“Yang kedua kita nak sampaikan manifesto kita. Yang ketiga untuk membongkar kesilapan dan penyelewengan umno selam mereka memerintah,”jelasnya ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon PRU-13 peringkat parlimen Kuala Nerus di sini. [Lihat Video]

Beliau yang bertanding mewakili PAS dalam PRU-13 berkata, yang paling penting dalam usaha mencapai kemenangan adalah mendekatkan diri memohon bantuan daripada Allah SWT.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kuala%20nerus4.jpgOleh itu katanya, beliau sendiri akan memimpin usaha munajat pada setiap malam di peringkat Parlimen Kuala Nerus, di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan.

“Ini kerja-kerja besar yang kita berharap dapat digarap bersama ahli-ahli parti kita dankita mesti yakin bahawa kita berjuang untuk agama Allah, orang yang menang adalah orang yang berjuang dan orang yang kalah adalah mereka yang tidak terlibat dengan perjuangan,

“Saya nak mengajak semua ahli-ahli parti untuk mewakafkan masa mereka selam 14 belas hari ini demi untuk member kemenangan kepada islam InsyaAlah,”ujarnya.

Beliau berkata, beliau hanyalah wakil kepada parti dan jamaah PAS, dan sekiranya diberikan Allah satu kemenangan, ia adalah kemenangan untuk Islam.

Menyentuh tentang agenda kempen beliau di Kuala Nerus, Dr. Khairuddin meletakkan lima agenda yang akan diperjuangkannya sekiranya, rakyat memberi mandat kepada beliau.

Agenda Kuala Nerus itu, kata beliau adalah; Agenda Agama; Kuala Nerus Beriman, Bertaqwa dan Bermoral, Agenda Ekonomi; Kuala Nerus Ekonomi Berkat, Sejahtera Rakyat, Agenda Sosial; Kuala Nerus Cakna Umat & Berkebajikan, Agenda Ilmu; Kuala Nerus Berpendidikan & Bermaklumat dan Agenda Pembangunan; Kuala Nerus Pembangunan Lestari Rabbani.

“Untuk peringkat kuala nerus, kita ada lima agenda, lima agenda utama, pertama Kuala Nerus Beriman, Bertaqwa dan Bermoral, Agenda Ekonomi; Kuala Nerus Ekonomi Berkat, Sejahtera Rakyat, Agenda Sosial; Kuala Nerus Cakna Umat & Berkebajikan, Agenda Ilmu; Kuala Nerus Berpendidikan & Bermaklumat dan Agenda Pembangunan; Kuala Nerus Pembangunan Lestari Rabbani,

“Itu yang nak dibawalah…..Itulah fokus 5 perkara yang nak kita (saya) bawa kepada pengundi kita untuk mengajak mereka bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Insya Allah………,”jelasnya

Ulasan