
Semalam pada Sabtu 20 April, pada kira-kira jam 11 pagi di Pejabat Daerah Besut, Kampung Raja, Napisah Ismail, 53, diumumkan secara rasminya oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menjadi calon PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Napisah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pisah merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat negeri Terengganu, adalah anak jati Besut, dilahirkan di Kampung Beris Pak Abu pada tahun 1960.

Ketika bercakap kepada ahli dan penyokong PAS selepas penamaan calon di sini, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
"saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana muslimin dan muslimat telah menunggu sampai hampir dua jam, tengah-tengah panas, dan ucapan terima kasih juga kepada saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu yang datang daripada jauh semata-mata untuk memberi sokongan kepada (saya) calon muslimat,"ujarnya. [Lihat Video]Beliau turut menyeru kepada semua muslimat PAS agar bangkit menunjukkan kewibawaan sebagai pejuang wanita Islam untuk menggoncang dunia.
"Dan...... InsyAllah, buktikanlah (wahai para) muslimat, (sesungguhnya) tangan yang menghayun buaian (itu) bisa, boleh menggoncangkan dunia,"tegasnya.

Mewakili seluruh ahli-ahli PAS pula, Datuk Seri Abdul Hadi yakin dengan kemampuan Kak Pisah untuk membawa cabaran parti pada pilihan raya umum ke-13 ini berdasarkan pengalamannya yang telah menyertai parti itu sejak 1983.
Kak Pisah akan 'berentap' menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Dun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar.
Pada pilihan raya umum 2008, Dr A Rahman mengalahkan calon PAS, Nik Zawawi Salleh dengan majoriti 2,631 undi, yang pernah mewakili warga Kuala Besut sebagai wakil rakyat pada tahun 1999 hingga 2004.
Ulasan