29 April 2013

Sentimen 'Orang Muda' KT Akan Buat Perubahan Bersama Pakatan Rakyat - Raja Bahrin

KUALA TERENGGANU - Setelah beberapa hari kempen 'pusing keliling' Bandaraya Kuala terengganu, calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah yakin sokongan orang muda akan membawa perubahan besar, mengekalkan PAS di kerusi parlimen tersebut.

Menurutnya, daripada ribuan 'orang muda' warga Kuala Terengganu yang ditemui, 'sentimen' dan 'mood' mereka, jelas mahukan perubahan bersama Pakatan rakyat.

"Dari segi 'sentimen' dan 'mood' rakyat golongan muda memang nak perubahan sangat.......... yang itu sangat jelas lah. Yang lain tu atas pertimbangan masing-masing lah. Tapi apa yang nyata orang muda lebih prihatin apa yang berlaku di sekeliling kita dan di dunia,

"dan mereka akan membuat keputusan yang lebih bijak. Pada pengetahuan dan inisiatif mereka. Kita harap perubahan besar akan berlaku,"ujarnya ketika ditemui [Lihat Video]

Beliau yang menjadikan janji manifesto 'Pendidikan Percuma' Pakatan Rakyat sebagai bahan kempennya berkata, pendidikan percuma merupakan asas masyarakat atau tamadun bagi manusia.

"rakyat negeri pun mesti beri pendidikan asas..........kalu kita tengok (sebenarnya) kita boleh beri pendidikan percuma sehingga peringkat universiti  dan itu yang paling comel lah,

"kerana negeri yang tak ada minyak, tak ada gas, dan taka ada sumber pun boleh bagi pendidikan percuma (bahkan) dan ada negeri komunis (seperti negara) Cuba pun ada (pendidikan pecuma,"jelasnya.

Oleh itu, tegas beliau, tidak ada sebab negara Malaysia dan negeri Terengganu yang memiliki bermacam-macam hasil sumber dan kekayaan yang diberikan oleh Allah SWT, tidak boleh memberikan pendidikan secara percuma.

"Sebab kita dah ada macam-macam kemudahan dan kekayaan bumi yang Allah S.W.T bagi kita, (kerana itu sepatutnya kita) boleh bagi kelebihan kepada rakyat, terutama pendidikan (percuma), (sebab) kita nak budak-budak kita cerdik (dan) pandai,"jelasnya.

Tiada ulasan: