Ustaz Wan Hassan Janji Perkhidmatan Terbaik

DUNGUN - Calon PAS bagi kerusi parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly yang pertama kali bertanding di peringkat parlimen berharap rakyat membuat perubahan dan memilih PAS bagi mewakili penduduk kawasan tersebut pada pilihanraya umum (PRU) kali ini.

"Alhamdulillah, pertama kali menjejaki Kampung Pasir Raja (setelah menjadi calon parlimen) bersama dengan calon PAS Dun Bukit Besi, Ustaz Roslan Ismail, kita dapat bertemu dengan rakyat dan pegundi walaupun dalam masa yang singkat,



"sekurang-kurang kita mendengar kali ini dengan harapan ada perubahan yang akan berlaku dengan izin Allah SWT,"ujarnya ketika ditemui pada Jumaat 26 April. [Lihat Video Klip]

[Gambar - Ustaz Wan Hassan 'tekun' mendengar masalah yang dikemukan leh seorang penduduk ketika berkunjung ke Kampung Pasir Raja, Jumaat lalu]

Beliau yang dipilih sebagai Adun Sura pada pilihanraya kali ke-12 tahun 2008, telah dipilih dan diberi amanah oleh PAS untuk 'berpindah' dari Dun Sura ke kerusi parlimen.

Menurutnya, kekuatan PAS di Dun Sura dengan jangkaan kemenangan kepada PAS dengan undi yang banyak, akan dapat menampung kawasan-kawasan yang kurang kuat di peringkat parlimen Dungun.

"Dan InsyaAllah dengan (walaupun) pengenalan yang singkat ini, mudah-mudahan pengundi akan berubah untuk kemenangan PAS bagi perlimen P.039 dan Dun N.25 di Bukit besi termasuk Dun N.26 Rantau Abang, N.28 Paka dengan apa yang kita laksanakan hari ini, semoga dapat memberi sentuhan,

"kepada usaha calon parlimen untuk memberikan kemenangan dan Dun N.27 Sura...... mengikut laporan yang telah saya terima angka kemenangan itu agak tinggi dengan 60% dan 40% dan ada yang menjangka 70% dan 30%, InsyaAllah itu akan menjadi kekuatan untuk kita mempertahankan Sura akan menunjukkan angka kepada majoroti (undi) parlimen Dungun,"jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada pegundi-pengundi di parlimen Dungun sama ada dengan pengundi tempatan atau pengundi yang merantau, agar mengundi PAS, untuk perkhidmatan yang lebih baik kepaa rakyat.

"Kepada pengundi yang telah berada di parlimen Dungun atau di luar dari parlimen Dungun........ marilah mengundi PAS. Dan berilah undi kita kepada semua calon-calon PAS di Dun-Dun Bukit besi, Rantau Abang, Sura dan Paka, kerana kita menjanjikan perkhidmatan (yang lebih baik) kepada rakyat,

"dengan harapan itu, kita dapat membentuk kerajaan di peringkat negeri dan melaksanakan Manifesto negeri dan juga (sekiranya dapat) kuasa kerajaan persekutuan, manifesto yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat akan dapat dilakanakan untuk  kebajikan rakyat,"tegasnya.

Beliau yang dipuji, umumnya oleh warga Sura kerana khidmat yang cemerlang, berjanji akan melaksanakan khidmat sedemikian di peringkat parlimen Dungun, sekiranya rakyat memberi mandat dan memilih PAS.

Ulasan