
Ia adalah suatu kemenangan tipis yang mengejutkan pelbagai pihak jika dibandingkan dengan keputusan PRU ke-12 pada tahun 2008 sebelum ini, Umno-BN Terengganu telah menguasai 24 kerusi Dun dan PAS hanyalah memenangi lapan kerusi Dun sahaja.
Perkembangan politik mutakhir menjadikan suasana politik negeri Terengganu kembali 'panas' sebaik tamat kempen PRU ke-13, terutama dalam kes pelantikan Menteri Besar (MB) negeri Terengganu yang baru.
Senario politik pasca PRU ke-13 hampir-hampir menyamai situasi selepas PRU ke-12 apabila terdapat bantahan terhadap pelantikan semula Adun Kijal Dato' Seri Ahmad Said sebagai MB.
Pada pagi sebelum Majlis Angkat Sumpah MB berlangsung di Istana Maziah, beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kuala Terengganu telah dinaikkan pelbagai kain rentang yang melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pelantikan Ahmad Said.

Menurut sumber dalaman, suara-suara protes tersebut , bukan dicetuskan oleh pihak pembangkang tetapi dari akar umbi dan kepimpinan Umno yang tidak sehaluan dengan Ahmad Said.
Slogan 'Asal Bukan Ahmad Said' (ABAS) sudah kedengaran di kalangan ahli dan pemimpin pertengahan Umno sejak sebelum proses pemilihan calon-calon BN yang akan bertanding pada PRU ke-13 lalu.
Justeru itu, sebaik waktu penamaan calon PRU-13 pada 20 April lalu tamat, terdapat calon-calon bebas yang bertanding kerana menentang keputusan pemilihan calon yang dibuat oleh kepimpinan Umno.

Ia adalah kerana 'kelicikan' politik Ahmad Said yang berjaya mencatas majoriti ahli kumpulan '10 budak hitam', yang dianggap sebagai 'dalang' kumpulan anti Ahmad Said itu.
Antara mereka yang disebut sebagai 'budak hitam' telah digugurkan daripada menjadi calon BN PRU ke-13 adalah, bekas Adun Ajil Dato' Rosol Wahid, bekas Adun Jabi Ramlan Ali, bekas Adun Paka Zakaria @ Ariffin Abdullah, bekas Adun Kuala Berang Zawawi Ismail, bekas Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan bekas Adun Bukit Besi Dato' Din Adam
Sementara itu, dua orang di kalangan 'budak hitam' yang melepasi halangan pencalonan dan bertanding dalan PRU-13 tetapi telah tewas kepas calon PAS, iaitu bekas Adun Tepoh, Ramli Nuh yang tewas kepada ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan bekas Adun Alor Limbat Alias Abdullah yang kecundang di tangan Ariffin Deraman.
Hanya dua dari 'budak hitam' yang terselamat dan menang dalam PRU ke-13, seorang di sebelah utara dan kini menjadi Adun Jerteh Mohamad Pehimi Bin Yusof dan seorang di selatan yang kini menjadi Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
Ulasan