
"Sebagai Menteri Besar kepada rakyat Terengganu, tidak sayugia beliau mengeluarkan kenyataan tersebut, apatah lagi sejurus selepas dilantik oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, yang memayungi semua rakyat,"ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sambut menantu, di rumahnya di Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal dekat sini, pada Sabtu, 11 Mei.
Beliau yang juga Adun Bukit Tunggal berkata, wakil-wakil rakyat PAS tidak ada masalah sekiranya Ahmad Said mahu bertindak demikian, dengan syarat peruntukan kerajaan kepada Dun-dun diserahkan kepada mereka.

Sehubungan itu, Adun Chukai, Haji Hanafiah Mat kesal dengan sikap ala 'samseng' Ahmad Said yang tidak pernah berubah sejak zaman Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, sehinggalah ke zaman 'transformasi' Najib.
"Sepatutnya......... semakin tua usia, semakin matang lah, politik sekarang pun adalah politik matang, politik perubahan sesuai dengan zaman 'transformasi' Najib Razak PM (Perdana Menteri) kita,
"tapi nampaknya Adun Kijal tak berubah-ubah, sikap ala 'samseng' ugut, dera rakyat,"ujarnya ketika dihubungi.
Beberapa orang Adun 'muda' PAS yang pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat turut mengutuk sikap 'berdendam' Ahmad Said yang disifatkan 'kebudak-budakan'.

"apakah kita nak berfikir cara bodoh seperti ini? kalau inilah gaya seorang Menteri Besar befikir dengan begitu 'bodoh' baik lantik seorang budak sekolah menengah jadi Menteri Besar,
"saya harap rakan-rakan (dalam) Umno boleh nampak......ini di antara bentuk (pemikiran) yang cukup merosakkan politik yang diamalkan oleh seluruh bangsa duduk di atas dunia ini,"tegasnya.
Hishamuddin berkata demikian ketika berucap pada ceramah sempena majlis kesyukuran Dun Bukit Payong yang diadakan di Titian Baru, semalam. [Lihat Video]

Beliau selaku Adun Teluk Pasu meningatkan Menteri Besar Terengganu itu supaya jangan bertindak keterlaluan.
"saya nak ingatkan (Ahmad Said) angan mendera rakyat dengan cara itu, apabila meenafikan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk diuruskan oleh wakil rakyat bagi pembangunan dalam Dun masing-masing,
"tidak ada pegawai pembangunan daripada mereka, kononnya nak serah kepada wakil rakyat PAS, tapi diwaktu yang sama menafikan peruntukan,"ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor yang sudah masuk penggal kedua memerintah, tidak mengamalkan tindakan mengugut rakyat sebagamana yang dilakukan oleh Ahmad Said.
Bahkan katanya, Dun-dun yang dikuasai oleh pembangkang, Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah kawasan yang paling cepat diambil perjalanan dan diberikan bantuan segera, sekira berlaku sebarang masalah.
Justeru, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAs Selangor memberi peringatan kepada Ahmad Said supaya tidak memerintah menggunakan 'duit' tetapi memerintah negeri Terengganu dengan menggunakan 'otak'.
Ulasan