Dakwat Hilang Setelah DiBasuh, Tak Sampai 10 Minit Selepas Mengundi

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/amzad%20hashim.jpgKUALA TERENGGANU - Bilik Gerakan Pilihanraya PAS Terengganu telah mendapat aduan ramai pengundi yang hilang kesan dakwat yang didakwa kekal oleh kerajaan dan SPR, apabila mereka membasuh tangan walaupun deangan air biasa selepas mereka membuang undi.

Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu Haji Amzad Hashim [Gambar kiri] ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu Ustaz Mohd Soud Said juga berkata dakwat yang dicalit ditangannya hilang apabila dicucui dengan air.

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS (YDP) Kemaman Haji Ismail Harun sedang berada di balai polis daerah Kemaman untuk membuat laporan setelah mengalami perkara yang sama.

Rakan media di Kemaman, Mohd Tishaah Mohd mengesahkan perkara tersebut ketika menghubungi buletinonline.

"YDP PAS kawasan Kemaman Haji Ismail Harun berada di IPD kemaman untuk membuat laporan polis berkenaan dakwak kekal yang hilang setelah beliau mencuci dengan air paip selepas mengundi jam 9 pagi tadi di Sekolah Rendah Bukit Mentok, Kemaman,"ujar Mohd Tishah

Oleh itu, pihak Bilik Gerakan pilihanraya PAS telah mengarahkan semua pihak yang mengalami perkara yang sama membuat laporan di balai polis berdekatan.

Pegawai Bilik Gerakan Al-Ghazali Mohd berkata pihaknya meminta berbuat demikian dengan segera.

"kita dah buat arahan agar buat laporan polis........ mana-mana pengundi yang dakwatnya hilang (selepas mengundi) .......... perkara yang kena buat adalah, buat laporan polis.........beri salinan (laporan) kepada wakil calon, wakil calon dan calon kena buat bantahan rasmi (bertulis) kepada SPR,"ujarnya ketika dihubungi.

Beliau meminta semua pihak bersabar dan menunggu arahan pimpinan dari masa ke semasa.

Katanya, satu sidang media akan diadakan oleh pimpinan pada tengah hari ini di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu

Ulasan