Kerajaan PAS Beri Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/sidng%20media%2016%20mei.jpg- Ahmad Said boleh semak rekod kewangan
KUALA TERENGGANU
- Pesuruhjaya PAS Terengganu YB haji Mohd Abdul Wahid Endut menafikan kerajaan PAS Terengganu yang memerintah dari tahun 1999 sehingga 2004 tidak memberi peruntukan kepada Ahloi-ahli Dewan undangan Barisan nasiona (BN) yang menjadi pembangkang ketika itu.

Beliau meminta Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad said memeriksa rekod-rekod kewangan semasa kerajaan PAS memerintah untuk mendapat maklumat sebenarnya.

"saya nak nafi, bila disebut (oleh Ahmad said) dikatakan semasa kita (PAS) memerintah dulu kita tak pernah bagi (peruntukan Adun kepada wakil BN adalah) tidak betul, kita bagi (beri),

"boleh tengok rekod (laporan)lah......... boleh check (semak) rekod  dengan pejabat kewangan.....dengan pejabat SUK, tengok rekod (laporan) massa kita memerintah dulu, ada peruntukan itu dan kita bagi melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan,"tegasnya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Perhubungan PAS pada Khamis 16 Mei. [Lihat dan dengar Video]
Beliau berkata, apabila PAS memberi peruntukan tersebut kepada empat wakil rakyat pembangkang (BN) pada masa itu, ia telah menjadi 'ancaman politik' kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang menjadi Exco kerajaan ketika itu berkata, apabila mereka merasa terancam dan wakil Terengganu Allahyarham Awang Jabar telah mengusulkan dalam Perhimpunan Agung Umno supaya royalti minyak ditarik dari kerajaan negeri Terengganu.

Menurutnya, selepas kerajaan persekutuan merampas wang royalti minyak itulah, kerajaan PAS Terengganu tidak lagi memberikan peruntukan kepada wakil-wakil pembangkang.

Oleh itu, beliau mahu kerajaan baru Terengganu selepas pilihanraya umum ke-13 lalu agar megamalkan politik yang lebih matang dan tidak berpolitik secara 'kampungan'.

Ulasan