Larangan Mengadakan Sebarang Perarakan Kenderaan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/pc%202%20mei.jpgKUALA TERENGGANU - PAS Terengganu melarang sebarang bentuk perarakan kenderaan berkuatkuasa serta merta bagi mengelakkan sebarang provokasi oleh parti lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pihak 'war room' PAS telah mendapat maklumat perancangan 'musuh' yang cuba melakukan suatu tindakan menyebabkan rakyat kurang senang dan menjejaskan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.


“sebarang program yang berbentuk perarakan kenderaan anjuran PAS perlu dihentikan bagi mengelak provokasi pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN)  menjelang hari pengundian pada 5 Mei ini,”tegas Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di bilik media Badapan Perhubungan PAS Terengganu, di Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini hari ini Khamis 2 Mei.

Sehubungan dengan itu, beliau mengarahkan pihak PAS Kawasan dan Cawangan-cawangan supaya memantau dan memastikan sebarang konvoi atau perarakan yang memakai lambang PAS seperti baju PAS, bendera PAS dan lain-lain hendaklah dihentikan.

Menurutnya,  PAS tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku perarakan yang menggunakan lambang PAS dan Yahaya meminta semua pihak suapya melaporkan sebarang perarakan yang menggunakan lambang PAS kepada Bilik Operasi Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu (JPNT).

Ulasan