MCA Kuala Terengganu Tinggal 'Nyawa-nyawa Ikan'!

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Jefri%20Chua.jpgKUALATERENGGANU - Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Jefri Chua menegaskan, warga Tionghua (Cina) Kuala Terengganu tidak perlu bimbang apabila MCA kalah dalam PRU-13 kerana menurutnya ketiadaan MCA akan diganti dengan para petugas PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau mewakili DHPP bersama Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing dan wakil orang Cina dari PKR akan mengambil tanggungjawab menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul dikalangan warga Tionghua.

"orang Cina di bandar (Kuala Teregganu) tak (perlu) takut (bimbang) dah, (saya) Jefri Chua daripada DHPP (PAS) dan Ng Chai Hing daripada DAP ada, kita (orang Cina) ada wakil dah, walau pun MCA kalah........wakil kita (orang Cina) tetap ada,

"kita orang Cina memang sokong Pakatan Rakyat.........jadi tak perlu takut (bimbang) apa yang kita buat ni betul......... kalau mereka (orang Cina Kuala Terengganu) ada masalah apa-apa, kita akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan,"ujarnya ketika ditemui pada Selasa 14 Mei.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Pengerusi%20dan%20Timbalan%20DHPP.jpgBeliau berkata demikian dalam mengulas tindakan MCA yang dilaporkan menutup pejabatnya di bandar Kuala Terengganu dan bekas wakil rakyat Toh Chin Yaw meletakkan semua jawatan dalam kerajaan negeri Terengganu. [Lihat Video]
Beliau berkata, terpulang kepada MCA, samada mahu meneruskan khidmatnya kepada masyarakat Tionghua atau sebaliknya, tetapi katanya, orang-orang Cina Kuala Terengganu cukup marah dengan tindakan MCA yang 'lepas tangan' dan tidak mahu mengambil tanggungjawab.

"hak tu (MCA tutup pejabat) ikut pandai dia lah, tapi orang Cina di bandar memang marah lah, macam ke (umpama) naik satu kapal, tiba-tiba 'kapten' kapal 'lok' (tinggalkan) kapal begitu sahaja, tak comel lah (tindakan begitu),

"dengan cara dia (MCA) buat macam ni (itu) berasa dia (orang Cina) nak bagi (undi) semula (kepada MCA) kat bandar ni payah lah,"jelasnya.

Menurutnya, pada setiap hari kini, beliau menghabiskan masa bersama-sama dengan masyarakat Cina di bandar samada di kampung Tiog atau di kampung Cina Kuala Terengganu dan mendengar keluhan orang Cina terhadap MCA.

Beliau berkata, kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat '5-0', dengan menyapu bersih kesemua empat kerusi Dun dan kerusi Parlimen di Kuala Terengganu menyebabkan parti MCA kini hanya hidup umpama 'nyawa-nyawa ikan'.

Ulasan