Politik Bermaklumat; Hishamuddin Masih Harap Dapat Berdebat Dengan Ramli Nuh

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Hishamuddin4.pngKUALA NERUS - Salah satu agenda dalam tema kempen 'Menocrak harapan' calon PAS bagi kerusi N.09 Dun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim adalah 'Politik Bermaklumat'.

Oleh itu beliau berharap, dalam masa dan ruang yang masih ada dalam tempoh kempen pilihanraya umum kali ke-13 ini, dapat berdebat dengan calon Barisan Nasional (BN) Ustaz Ramli Nuh.

"Kita (PAS) suka menjadikan budaya politik bermaklumat ini sebagai trend dalam masyarakat, sebab itu dulu saya pernah mengajak Ustaz Ramli Nuh berdebat, dia juga setuju......saya masih lagi mengahrap.....kalau Ustaz Ramli sebelum dari tempoh pilihanraya ini (tamat) boleh bersua atas satu pentas membawa idea politik yang digagaskan leh Umno dan saya membawa politik yang digagaskan PAS,

"kemudian kita buat satu perbandingan, sebab maklumat yang (dia) berikan cukup buruk kepada PAS, (dia kata) PAS jadi 'kuda tunggangan DAP' (dan) dalam kempe hari ini (beliau) masih bawa perkara tersebut,

"jadi saya ambil sikap kita bersama masyarakat.......kita tak boleh merendahkan daya fikir dia (orang ramai).....jadi apa kata kalau kita jadikan debat atau pun wacana, sebagai penjanaan idealisma masyarakat......itu harapan saya,"ujarnya. [Lihat Video]
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Hishamuddin2.pngNamun begitu, beliau kesal kerana sebelum ini, jemputan rasmi yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) bagi menganjurkan debat diantara beliau dan Ramli telah ditolak tanpa alasan munasabah.

Bahkan, katanya, beliau kecewa kerana Ramli Nuh menganggap DPPNT tidak profesional, sedangkan telah ambil satu komitmen untuk kita mengajak Ramli Nuh berdebat dengan cara yang paling sopan.

"kita tawarkan satu tarikh....jadi tarikh tersebut tarikh yang boleh ditolak oleh Ustaz Ramli dan dia boleh cadangkan tarikh-tarikh yang lain.......jadi konsep kita, kita hantar surat jemputan,

"dia boleh cadangkan tarikh yang lain (kerana) yang pentingnya pentas debat tersebut dapat diteruskan untuk dinilai oleh rakyat secara keseluruhan,"jelasnya.

Justeru, Hishamuddin merasakan dakwaan Ramli Nuh bahawa beliau mencari populariti atau mahu menjatuhkan kedudukan, ada tidak timbul sama sekali kerana tegasya, sebagai seorang ahli politik Ramli Nuh tidak sepatutnya mengelak daripada berdebat, sekiranya beliau mahu dihormati.

Ulasan