Bukan Hanya LPT2, Lapangan Terbang.......Dana Khas Terengganu Biaya RMK9?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/projek%20dana%20khas1.jpgKUALA TERENGGANU - Bukan hanya rakyat negeri Terengganu tidak tahu, bahkan diyakini bahawa, majoriti rakyat Malaysia tidak dimaklumkan sejelasnya oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang penggunaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan, hasil royalti minyak Terengganu.

Sejak royalti dirompak oleh persekutuan pada tahun 2000, entah berapa puluh bilion hasil minyak milik rakyat negeri Terengganu itu sebenarnya, yang telah dibelanjakan untuk pembinaan infrastruktur oleh kerajaan Umno-BN melalui Kementerian Kerja Raya (KKR).

Sebelum ini, rakyat Terengganu dan negara di beritahu, bahawa sebahagian pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan pembinaan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud adalah dibiayai oleh Dana Khas.

Dimaklumkan bahawa LPT2 bagi Pakej 2 dan Pakej 11 adalah dibiayai sepenuhnya oleh Dana Khas begitu juga projek menaik taraf Lapangan Terbang termasuk, projek pembesaran 'parkir' kenderaan dihadapan terminal, pembesaran 'terminal dan projek memanjangkan landasan terbang sehingga 1 kilometer ke dalam laut, semuanya diongkosi dengan 'wang royalti' minyak.

Untuk Pakej 2 sahaja, kontrak yang asalnya diberikan kepada Koperasi Belia Nasional (KBN) telah ditender semula dan diberikan secara 'tertutup' kepada kontraktor kroni Umno, Ahmad Zaki Sdn Bhd pada 15 Mac, 2011 dengan nilai RM145,386,000.00.

Manakala bagi projek pembesaran Lapangan Terbang keseluruhannya, parlimen telah mendedahkan ia telah menelan lebih dari RM1 bilion.

Namun begitu, ia cukup mengejutkan, apabila sebuah dokumen kajian kerajaan persekutuan mendedahkan, bukan sahaja LPT2 dan Projek Lapangan Terbang, malah terdapat 36 buah projek yang dilaksanakan kerajaan dalam Rancangan  Malaysia Ke-9, adalah dibiayai oleh Dana Khas tersebut.

Bahkan, menurut kajian tersebut, sebanyak RM1.3 bilion telah dibelanjakan sehingga tahun 2006, bagi projek-projek pembangunan menjangkaui sempadan negeri Terengganu, ke seluruh negara sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Ia adalah merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah oleh pemimpin Umno Terengganu yang dipimpin oleh Idris Jusoh dan Ahmad Said sejak mereka merampas kuasa dari kerajaan PAS pada tahun 2004.

Semak; ‘Dana khas’ Terengganu sejak 2005 berjumlah RM11 bilion?

Ulasan