Campurtangan Kuasa Besar, Rusia dan Amerika Akan Menghancurkan Syria

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Abu%20Bakar%20Chik.JPGKUALA TERENGGANU - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Chik memberi amaran, campurtangan kuasa asing dalam konflik Syria akan tidak akan memberikan sebarang kebaikan malah akan menjadikan keadaan lebih buruk dan menghancurkan negara itu.

Beliau memetik Laporan Pertubuhan Keselamatan Global (Global Security Oragnisation) yang mengesahkan tindakan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) mula memindahkan senjata ke Jordan untuk disalurkan kepada kumpulan militan asing yang bertindak menentang rejim Bashar al-Assad.

"ia akan memulakan satu episod yang membawa kepada kehancuran umat Islam di Syria, Laporan Pertubuhan Keslematan Global mengesahkan pergerakan CIA memindahkan senjata untuk diberikan kepada penentang Bashar,

"tetapi perlu diingat........Rusia akan bertindak balas menyalurkan bantuan yang lebih besar kepada sekurunya, Syria,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terbaru yang berlaku di Syria dan mengharapkan pihak gerakan Islam sedunia dapat mengambil tindakan segera menangani krisis yang telah mengorbankan lebih 100, 000 nyawa sejak krisis tercetus Mac 2011.

Beliau menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan sedia menggalas tanggungjawab untuk menggerakkan keputusan Presiden, bahawa PAS akan bersama dengan Gerakan Islam Antarabangsa untuk membantu bagi merungkai konflik di Syria
Menurutnya, Pertubuhan tersebut yang memetik laporan Wall Street Journal pada Rabu lepas, menyatakan CIA telah menggerakkan senjata 'dari satu rangkaian gudang rahsia' akan menyebabkan sekutu lama Syria, Rusia akan bertindak balas.

Katanya, walaupun Amerika Syarikat hebat di mata dunia namun, campurtangan negara kuasa besar itu di Iraq dan Afghanistan tidak meninggalkan sebarang kesan damai dan kedua-dua negara umat Islam itu masih bertelingkah.

"Apatah lagi, laporan tersebut menambah bahawa Washington merancang untuk turut menyediakan militan asing tersebut dengan latihan ketenteraan, senjata-senjata kecil, peluru, terasuk senjata peluru berpandu anti kereta kebal, akan menjadi ancaman kepada rejim Bashar.

"sejarah telah membuktikan campurtangan Amerika Syarikat dalam konflik di dua negara umat Islam, Afghanistan dan Iraq, tidak menyelesaikan sebarang masalah, malah memanjangkan penderitaan umat Islam di negara terbabit,"jelasnya ketika ditemui di pejabat Itqan al-Muluk, di sini semalam 29 Jun.

Beliau berkata, selama 12 tahun, Amerika Syarikat menceroboh, menyerang dan menduduki Afghanistan, kehebatan dan kecanggihan sistem keselamatan negara barat itu gagal mewujudkan keamanan di Afghanistan.

Bahkan kata beliau, Organisasi Penyelidikan Antarabangsa (Global Reserach) mencatatkan, kira-kira 3.3 juta rakyat Iraq, termasuk 750,000 kanak-kanak, telah 'dihapuskan' oleh sekatan ekonomi dan perang haram yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat dan Great Britain di Iraq di antara tahun 1990 dan 2012.

Ulasan