Janji DiTepati? Hospital Materniti Tak Siap Lagi!

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/pusat%20rawatan%20ibu%20dan%20bayi%20HSNZ.jpgPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar, berkata Masalah kesesakan pesakit terutama yang melibatkan kes bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dijangka dapat diselesaikan apabila Kompleks Pakar Materniti siap pada Mac tahun depan (2013).

Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan masalah yang melibatkan kepentingan dan keselesaan rakyat itu dapat diselesaikan apabila bangunan enam tingkat yang dibina bersebelahan HSNZ siap kelak.

“Pada pandangan saya ia bukan mengaibkan tetapi sekadar keadaan penuh sesak dengan jumlah katil (Wad Bersalin HSNZ) yang terhad dengan `Bed Occupancy Rate’ (BOR) yang tinggi.

“Insya-Allah apabila Kompleks Materniti HSNZ siap pada Mac 2013 dengan tambahan katil di wad sebanyak 210 unit dan katil bersalin sebanyak 24 unit, masalah ini akan dapat diatasi,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan DUN pada hari ketiga, pada 12 Disember tahun lalu.

Dr. A. Rahman berkata demikian dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dr Alias Razak (PAS-Bukit Tunggal), yang menyatakan keadaan wad bersalin HSNZ yang mengaibkan berikutan tidak mempunyai kemudahan dan ruang yang selesa untuk menempatkan ramai pesakit wanita khususnya bagi kes bersalin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/hospital%20sultanah%20nur%20zahirah.jpgTinjauan yang dibuat semalam 2 Jun, setelah tiga bulan berlalu dari janji yang dinytakan Dr. A. Rahman, hospital materniti atau pusat rawatan ibu dan anak, yang dimaksudkan belum juga siap lagi.

Pada 1 Disember 2008 Lembaga Pengarah Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) pada 28 November 2008 telah menerima Surat Anugerah dari Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur untuk "Merekabentuk, membina, menyiapkan, mengujiterima, mentauliah dan menyelenggara Kompleks Pakar Materniti di Hospital Kuala Terengganu, Terengganu" ("Kerja").

Anugerah untuk Kerja berjumlah jumlah nilai sebanyak RM 115,064,269.84 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima belas Juta dan Enam puluh Empat Ribu Dua Ratus Enam puluh Sembilan dan Sen Lapan puluh Empat Sahaja).

Menurut catatan pengumuman yang dikeluarkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur itu, kerja-kerja pembinaan tersebut akan disiapkan dalam tempoh 156 minggu iaitu bermula dari 18 Disember 2008 sehingga 14 Disember 2011.

Dengan itu, pada waktu pengumuman yang dibuat oleh Dr. A. Rahman Disember lalu, hospital tersebut sepatutnya telah siap berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah AZRB.

Ulasan