Kecemerlangan PRU-13; Momentum Tawan Terengganu Pada PRU-14

    http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/buletin%20Ramadhan%202011a.jpgKUALA TEREGGANU - Peningkatan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hampir 100% adalah pencapaian terbaik PAS Terengganu dalam pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei lalu.

    "Setelah kalah pada (PRU-11 tahun) 2004 dengan hanya berbaki 4 kerusi DUN, PAS Terengganu bangkit dan mencapai 8 kerusi DUN pada (PRU-12 tahun) 2008 dan terus bangkit dengan mendapat 15 kerusi DUN ( termasuk satu PKR ) pada (PRU-13) tahun 2013,

    "maka ini adalah satu momentum yang diharapkan dapat diteruskan sehingga mencapai kemenangan seperti sejarah yang pernah tercatat padatahun 1999 dalam PRU-10 dengan (apabila) PAS mendapat 28 kerusi DUN seterusnya memerintah negeri Terengganu,"ujar Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

    Beliau berkata demikian dalam tulisannya yang akan disiarkan dalam Buletin edisi cetak sempena Sidang Penggal Pertama DUN Terengganu ke-13 yang akan diedarkan pada awal Ramadhan ini.

    Beliau berkata, faktor peningkatan kemenangan PAS Terengganu itu adalah kerana kebangkitan anak muda dan program berprestij secara bersiri, PAS ganti Umno atau PGU yang digerakkan sejak November 2011.

    Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya akan berusaha bersama pasukan Buletin Online (BO) serta sokongan Kumpuan Aktivis Media Independen (KAMI) bagi mencetak Buletin untuk diedarkan sebagai sumber maklumat PAS negeri Terengganu, pada setiap bulan.

    "Kita akan berusaha mengeluarkan Buletin edisi cetak ini pada setiap bulan, Insya Allah, dengan jentera skuad BO dan sokongan KAMI  serta kerjasama dari PAS kawasan-kawasan,

    "supaya ia menjadi satu sumber informasi rasmi PAS Terengganu, mendedahkan segala penyelewengan Umno dan keincangan pentadbiran kerajaan dibawah kepimpinan (Dato' Seri) Ahmad Said,"jelasnya.

    Beliau berharap pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) dapat menggerakkan 'squba' di peringkat masing-masing bagi menyampaikan Buletin edisi cetak dalam bentuk 'tabloid' sebanyak lapan mukasurat itu, kepada orang ramai dan sasaran.

    Ulasan