Kerajaan Umno Terengganu 'Berdolak-dalih' Tentang Isu Hantar Pelajar Ke Mesir

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/satiful%20sidang%20dun.jpgKUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini, gagal menyatakan sebab sebenarnya, mengapa para pelajar pengajian agama tidak lagi dihantar melanjurkan pengajian mereka ke Universiti al-Azhar Mesir.

Bahkan apabila 'ditekan' dengan soalan tambahan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri Terengganu, Ghazali Taib meminta notis kerana tidak dapat menjawab.

Menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh ADUN wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Ghazali berkata kerajaan tidak menghantar pelajar pengajian agama kerana faktor-faktor keselamatan di negara Mesir.

"memandangkan suasana politik yang tidak stabil dan boleh menimbulkan ancaman nyawa jika apa-apa berlaku maka pihak kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga kerana memikirkan keselamatan menjadi keutamaan kepada kita,

"saya yakin dan percaya apabila situasi (Mesir) kembali aman dan sejahtera, maka program (penghantaran pelajar agama ke Mesir) ini tidak masalah untuk di teruskan,"ujar Ghazali.

Ustaz Satiful bangun dan mempersoalkan, mengapa pemberhentian penghantaran pelajar itu hanya melibatkan pengajian agama sahaja, sedangkan pelajar yang mengambil pengajian perubatan terus dibiayai dan dihantar ke Mesir.

"soalan tambahan.......macamana kursus 'medic' (pengajian perubatan) boleh bagi (boleh hantar ke Mesir).....ke (adakah) orang 'medic' kebal dari kawasan bahaya (di Mesir) macaman (mengapa) kursus pengajian Islam tak boleh (hantar) sedang pelajar kursus perubatan dan pergigian disebut tadi masih lagi dapat menyambung pelajaran,

"kalau nak kira sekarang ni......(keadaan) di Jordan lebih bahaya kerana Jordan dekat dengan Syria!,"ujarnya dalam sesi soal jawab di hari terakhir Sidang DUN Terengganu yang bermula 16 Jun dan berakhir pada Rabu 19 Jun.

Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka menolak alasan permohonan 'notis' selepas Ghazali yang juga ADUN Ajil, gagal menjawab soalan tersebut dengan menegaskan beliau bukan meminta angka atau data, namun hanya meminta penjelasan tentang dasar dan polisi penghantaran pelajar ke Mesir.

Tidak puas hati dengan jawapan Exconya itu, Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said bangun dan sebaliknya berkata, kerajaan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir khususnya ke Universiti al-Azhar kerana sistem pelajaran di negara Jordan lebih baik dari sistem pelajaran di Mesir.

Ahmad yang juga ADUN Kijal mendakwa ada pelajar anak Terengganu yang telah tinggal 25 tahun di Mesir tetapi belum mendapat Ijazah Pertama dan pelajar yang tinggal selama 14 tahun serta ada yang beniaga sebagai ejen jual tiket dan berniaga apam balik serta menjual 'mee teow' dan lain-lain lagi.

Namun begitu, Ahmad mengakui kerajaan masih menghantar pelajar pengajian perubatan ke Mesir, bercanggah dengan jawapan Ghazali yang menegaskan, pemberhentian penghantaran pelajar ke Mesir kerana soal-soal keselamatan [Lihat Video]

Ulasan