KUALA TERENGGANU
– Lebih 100 mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT),
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Kolej Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS) berkonvoi, menyatakan sokongan terhadap
rakyat Syria menentang rejim Bashar.
Pogram yang dianjurkan bersama oleh Gamis terengganu, KAI UMT, Ikram
Terengganu, BIOSIS UMT dan MPP UMT itu diadakan pada petang Jumaat 14
Jun.
Bermula pada kira-kira jam 5.00 petang konvoi mahasiswa itu
bergerak dari pantai Tok Jembal menuju ke Teluk Ketapang dan Bulatan
Pekan Batu Enam dekat sini.

Menurut
Pengarah Program Muhammad Faiz bin Abdul Rahman, disamping mengedarkan
rislah, konvoi tersebut turut mengadakan ‘flashmob’ dan ‘speaker
corner’.
Ulasan