
Menurut Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim, tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan persepsi masyarakat tempatan bahawa Kompleks tersebut adalah satu projek 'Gajah Putih'.
"saya harap kerajaan dan Yayasan Tuan Nur Zahirah dapat meningkatkanpromosi supaya lebih ramai orang datang dan melawat Kompleks ini selain meambahkan para peserta dari kalangan penduduk tempatan,
"apabila ramai yang datang........ perniagaan sekitar akan tumbuh dan memberikan pendapatan yang lebih kepada orang kampung dan tidaklah mereka anggap Kompleks ini asing dan tidak mendatangkan faedah,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kompleks tersebut pada Khamis, 20 Jun. [Lihat Video]

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi Roslee Bin Daud berkata, Kompleks yang dibina dengan kos RM4,610,500 itu hanya mempunyai 10 orang pelatih yang mengikuti kemahiran tenun songket.
"menjawab kepada soalan tambahan itu tadi, proram dan pengisian KTNZ setakat ini iaitu dari segi pelatihnya terkini, seramai 10 orang yang telah mengikuti kemahiran tenun songket. Dari segi ketua pengarah ypu manyarankan pada mesyuarat kesenian tersebut, setakat ini belum tercapai lagi.
"Tetapi, insyaAllah. Pendekatan dari semasa ke semasa kita akan laksanakan demi memajukan usahawan kita di negeri Terengganu,"ujar Roslee. [Lihat Video]
Ustaz Ridzuan menambah, ia adalah satu kegagalan yang amat ketara kerana sehingga hari ini, majoriti masyarakat setempat tidak tahu dan tidak menyedari apa sebenarnya aktiviti yang ada dalam Kompleks tersebut.
Ulasan