PAS Hulu Besut Jayakan Projek Bekalan Air di Kampung La

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Projek%20Bekalan%20Air%20Hulu%20Besut.jpgBESUT - Walaupun tidak menang dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Hulu Besut bersama Jawatakuasa Bertindak telah menjayakan projek bekalan air percuma kepada penduduk sekitar Kampung Bukit Naga, Kampung La dekat sini.

Pengerusi MTD Hulu Besut, Cik Solah @ Shalahuddin Jaafar menyifatkan, dengan terlaksanannya projek tersebut, PAS berjaya mengotakan janjinya untuk membekalkan 'air percuma' kepada penduduk kawasan terbabit.

Beliau mengucapkan syukur kepada Allah dan syabas kepada Jawatankuasa Bertinak yang http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Projek%20Bekalan%20Air%20Hulu%20Besut1.jpgtelah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM12,000, hasil sumbangan PAS Hulu Besut dan orang ramai yang menjadikan impian penduduk setempat mendapat bekalan air secara berterusan menjadi realiti.

"kita mengucapkan syabas kepada jawatankuasa Bertindak Bekalan Air Kampung Bukit Naga, Kampung La ini yang telah berjaya membina takungan air bagi membolehkan air dibekalkan kepada 35 buah rumah,

"yang mana dengan pembinaan projek bekalan air ini, insyaAllah akan mengurangkan bebanan penduduk yang selama ini menanggung kos air yang tinggi dan (dapat menyelesaikan masalah) beberapa buah rumah yang tidak mendapat bekalan air (secara tetap),"ujarnya ketika ditemui. [Lihat Video]
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Projek%20Bekalan%20Air%20Hulu%20Besut2.jpgBeliau berkata, sebelum ini, beberapa rumah penduduk di kampung terbabit terpaksa menunggu sehingga jam 2 atau 3 pagi bagi mendapatkan bekalan air kerana tekanan air yang dibekalkan adalah rendah.

Menurut watawan skuad BO Besut, Mohd Hafizi, projek bekalan air tersebut dilaksanakan secara gotong royong, berpunca dari masalah bekalan air yang dialami oleh lima buah dipersekittaran terbabit.

"bermula dengan 5 buah rumah yang bermasaalah dengan bekalan air penduduk kampung telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak, kerjasama dengan MTD Hulu Besut dan telah berjaya membina dan menyiapkan ban air 'water reservoir' di sungai Bukit Naga.

"hari ini (Selasa 25 Jun) kerja-kerja akhir penyambungan paip sejauh 1500 meter sedang (telah) dijalankan, (yang mana) projek ini dijangka akan dapat menampung keperluan air bersih (kepada) 35 hingga 40 keluarga penduduk sekitar,"jelasnya.

Ulasan