PAS Rakam Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Dr. A Rahman

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/jenazah%20Dr%20A%20Rahman.jpgKUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

Setiausahanya Haji Yahaya Ali berkata demikian ketika dihubungi, apabila berita tentang Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.18 pagi ini.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Sehubungan  itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad turut merakamkan ucapan takziah.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya,"ujarnya dipetik Harakahdaily

Wartawan Skuad BO melaporkan, jenazah Alahyarham sudah dibawa turun dari bilik ICU [Gambar] dan akan bertolak dari Kuala Terengganu pada jam 12 akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Ulasan