Pasar Besar Kedai Payang; Ahmad Said Amal Dasar 'Bebal dan Angkuh'

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/wan%20sukairi.pngKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad tidak mempedulikan hasrat rakyat dan terus 'berdegil' mahu meneruskan perancangan merobohkan Pasar Besar Kedai Payang tanpa menghiraukan bantahan dan teguran pelbagai pihak.

Setiausaha PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah memberi peringatan kepada Ahmad, PAS dan Pakatan Rakyat mendapat majoriti sokongan rakyat, walaupun Barisan Nasional mendapat lebihan dua kerusi dalam pilihanraya umum yang lalu.

"nampaknya.....Menteri Besar Ahmad Said masih menerukan dasar tidak mempedulikan kehendak dan hasrat rakyat, walaupun Barisan Nasional Terengganu mendapat lebihan majoriti (kerusi) tapi sudut undi popular, beliau kena ingat bahawa.......masih bepihak kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS,"ujarnya ketika ditemui. [Lihat Video]
Beliau dngan tegas, mengecam tindakan Ahmad Said yang disifatkannya sebagai 'bebal dan angkuh' kerana tidak mahu mendengar suara para peniaga Pasar tersebut, sejawawan dan orang ramai yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan terbabit.

"ini semua menunjukkan dasar ketidak prihatinan, dasar bebal dan angkuh yang terus menerus dilaksaakan oleh Menteri Besar Ahmad Said,"ujarnya ketika mengulas kenyataan Ahmad, yang diterbitkan oleh sebuah akhbar semalam.

Ulasan