Pasar Payang; Mad Said Kata Muktamad, Mad Jidin Kata 'Masih Terbuka'??

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/pasar_payang.jpgMenteri Besar Dato' Seri Ahmad Said (Mad Said) dalam siaran yang diterbitkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 31 Mei lalu menyatakan keputusannya sudah muktamad dan akan meneruskan tindakan merobohkan Pasar Besar Kedai Payang serta meneruskan rancangan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Mad Said kata kerja-kerja pembangunan pasar baru itu  akan dilaksanakan tidak lama lagi seperti yang dijadualkan dan 'menuduh' para peniaga Pasar Payang serta rakyat yang menentang perobohan Pasar Payang itu gagal memahami usaha kerajaan.

Mad Said dakwa, perbincangan telah dibuat dan pihaknya telah mendapat persetujuan dari pihak peniaga.

"Perbincangan telah dibuat, dan perjanjian dari pihak peniaga telah diperoleh, kerajaan negeri akan melakukan segala-galanya yang dipersetujui, termasuk memnuhi permntaan peniaga-peniaga ikan untuk berpindah ke ruang lain yang akan disediakan berhampiran tempat asal mereka," katanya, yang menambah sambil menambah bahawa soal perobohan Pasar Payang dan memelihara nama asalnya bukan lagi suatu isu.

"Saya tidak faham apabila pihak-pihak tertentu yang gagal untuk memahami usaha kerajaan negeri, bercakap tentang estetika dan warisan," Ahmad menambah.

Pada Februari lalu Ahmad rancangan 'kononnya' untuk memodenkan pasar bersejarah yang menjadi warisan seluruh rakyat itu dengan bangunan empat tingkat berhawa dingin.

Katanya, akan didirikan bersama-sama dengan pembinaan itu ialah sebuah bangunan 23 tingkat dengan 550 bilik hotel lima bintang dan apartmen 30 tingkat dengan projek melibatkan pelaburan sebanyak RM400 juta.

Semalam sebuah akhbar tempatan mendedahkan kira-kira 95% peniaga sedia ada di pasar itu tidak bersetuju tentang pembangunan yang mahu dilaksankan oleh kerajaan.

Tiba-tiba Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee (Mad Jidin) berkata meja perundingan sedia dibuka bagi mengadakan perbincangan semula isu Pasar Payang yang seolah-olah masih belum mencapai permuafakatan berkenaan pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Mad Jidin kata berkata, sepatutnya ada permuafakatan antara kedua-duanya, agar pembangunan yang dirancang berjalan mengikut kehendak rakyat

Dan sekali lagi Mad Jidin kata, beliau juga sedia mendengar apa-apa pandangan dan juga buah fikiran terutama di kalangan pengusaha di situ bagi menyelesaikan kemelut yang masih belum berakhir itu.

Sikap 'tarik tali' Kerajaan Umno-BN itu jelas apabila 95% peniaga menolak pembangunan itu kerana walaupun Mad Jidin kata bersedia mendengar dan membuka rundingan tetapi sebaliknya Mad jidin kata, kerajaan telah memutuskan pembinaan Pasar Payang baru tetap dilakukan.

“Sepatutnya ada muafakat supaya sesuatu perubahan hendak dilakukan adalah mengikut kehendak rakyat. Setiap pembangunan yang ingin dilaksana juga perlu diperjelas kepada rakyat dan jika mereka menerima perubahan itu, ia boleh dilaksanakan.

“Tetapi jika ada sebarang ketidakpuasan hati, termasuk dalam isu Pasar Payang, meja perundingan sentiasa terbuka,” katanya.

Mad Said 'bebal' dan 'angkuh' sebaliknya Mad Jidin yang cukup diketahui umum sebagai 'orang Mad Said' pula cuba nak beli jiwa rakyat yang tidak setuju dengan perobohan dan pembangunan pasar baru.

Perobohan dan pembangunan, apa jua yang dicuba dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN, diatas tapak pasar itu sesungguhnya akan melenyapkan Pasar Besar Kedai Payang dari muka bumi Terengganu.

Ulasan