
Seorang peniaga suratkhabar dan makanan ringan, Ahmad Fazli Mohd Fahmi, 44, sebaliknya bersetuju sekiranya 'pasar warisan' tersebut dibaik pulih dan dinaiktaraf, dan bukannya dibangunkan sebuah hotel dan 'apartment'.
"saya tidak bersetuju sekeras-kerasnya tindakan Datuk (Seri) Ahmad Said, dengan tindakan beliau dan apa cara sekali pun untuk membangunkan Pasar Payang dengan cara begitu (merobohkan),
"bagi saya saya cukup (ia boleh) sekadar dibaik pulih atau menaikkan taraf Pasar Payang tidak berhubungan (berkaitan) dengan dibina hotel dan apartmen,"ujarnya ketika ditemui.
[Lihat Video]
Ahmad Fazli menegaskan, sekiranya Ahmad Said tetap dengan keputusannnya mahu merobohkan dan mendirikan bangunan baru, beliau mewakili rakan-rakannya akan mengambil 'sesuatu' tindakan menyekat hasrat MB Terengganu itu.
Ulasan