Tahap Kesihatan Penduduk Terengganu Masih Rendah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Dr%20Alias.jpgKUALA TERENGGANU – PAS menggesa Kerajaan Umno Terengganu memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan dan khidmat kesihatan di negeri ini termasuk memastikan penempatan dan perjawatan para pegawai kesihatan yang mesti diselaraskan dengan kemudahan fikizal yang ada.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, usaha yang serius mesti diambil terhadap pelbagai perkara melibatkan aspek kesihatan kerana berdasarkan data dan fakta yang ada, ia masih tidak mencapai tahap membanggakan berbanding negeri lain.


Dr. Alias turut membangkitkan beberapa perkara termasuk perbandingan masalah kematian anak yang baru lahir, ketika membahaskan Titah Ucapan Perasmian Sultan Terengganu

Beliau berkata, statistik yang dikeuarkan pada tahun 2012 menyatakan, ramai bayi yang berumur 28 hari ke bawah yang lahir dengan selamat, meninggal dunia di negeri Terengganu berbanding eringkat nasional.

Katanya, dalam 1000 kelahiran melibatkan bayi yang dilahirkan hidup, hanya tiga orang bayi meninggal di peringkat nasional tetapi seramai 6.4 bayi meninggal dunia di Terengganu.

Beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal menambah, keadaan itu menunjukkan kadar kematian bayi tersebut di Terengganu lebih tinggi berbanding peringkat persekutuan dan perlu diambil langkah segera untuk memastikan keadaan lebih baik pada masa depan.

“Inilah taraf kesihatan yang ada pada kita. Dari segi kematian bayi, kematian anak yang umur setahun ke bawah, kita mencatatkan sebanyak 9.2 perseribu lahir hidup pada tahun 2012 sedangkan Malaysia pada 2010, sudah mencapai 5.4 perseratus ribu lahir hidup.

“Ini kita masih lagi duduk separuh, 100 peratus kurang daripada peringkat persekutuan. Indikator ini menujukkan bahawa kemudahan kesihatan di Terengganu masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dalam negara kita,” katanya dalam sesi Perbahasan Titah Sultan Terengganu sempena Persidangan Pertama Penggal Ke-13 Dun Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini. [Lihat Video]

Dr. Alias turut menyentuh mengenai kekurangan peralatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan juga hospital-hospital daerah lain.

Keadaan itu katanya turut menimbulkan kesukakaran kepada orang ramai dan tidak menolak kelemahan tersebut turut dilihat sebagai punca berlakunya kes kematian terhadap ibu mengandung dengan jumlah kematian sebanyak sembilan orang pada tahun lepas akibat komplikasi bersalin yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku di zaman seba canggih ini.

Dari sudut kelemahan kemudahan hospital daerah katanya, Hospital Besut dilihat masih tidak mempunyai doktor pakar walaupun kemudahan dewan bedah telah pun dipertingkatkan, begitu juga Hospital Setiu yang boleh dianggap setaraf hospital pakar tetapi tiada penjawatan untuk ditempatkan doktor di situ.

“Ini perkara menyedihkan dan melibatkan nyawa kesihatan rakyat kita yang sepatutnya di utamakan.  Sebagai wakil rakyat dan doktor saya tidak puas hati bila dibandingkan dengan negeri-negeri lain. (Hospital Dungun) sudah berapa kali dirasmikan pecah tanah sehingga hari ini tidak dibina lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Terengganu juga tidak menepati kehendak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga sasaran Kementerian Kesihatan untuk memperuntukkan seorang doktor bagi 600 orang penduduk.

Jelasnya, untuk mencapai matlamat tersebut, Terengganu memerlukan pertambahan sebanyak 978  orang doktor.

“Ini hampir 100 peratus kita kekurangan doktor-doktro terlatih. Ini aspek perlu diberi keutamaan walaupun memang bukan di bawah Kerajaan Negeri tetapi Exco Kesihatan, Kerajaan Negeri mohonlah. Saya juga mohon cadang diberi keutamaan perkara seperti ini demi kesejahteraan nyawa dan kesihatan rakyat Terengganu Darul Iman ini,” katanya.

Ulasan