ADUN Chukai Sumbang Kerusi Roda Kepada Bekas Kakiitangan Kerajaan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/IMG-20130705-WA031.jpgKEMAMAN - Seorang bekas kakitangan kerajaan yang terlantar sejak diserang 'angin ahmar' tujuh tahun lalu telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat dan Majlis Tindakn DUN (MTD) PAS Chukai.

Abdul Rashid bin Endut, 61 tahun, yang tinggal di Taman Perwaja, dekat sini, menjadi lumpuh dan tidak dapat bergerak, apabila mengalami 'strok' pada tahun 2007.

Beliau yang pernah bekerja sebagai kerani di pejabat tanah bahagian kelompok tanah pinggir tinggal bersama isterinya Rohana binti Osman serta dua orang dua orang anak.

Rohana, mengucapkan terima kasih kepada PAS dan Haji Hanafiah yang telah menyumbangkan kerusi roda tersebut kerana beliau yang berniaga makanan ringan di kaki lima pasar Chukai, tidak mampu untuk membelinya.

"Saya tinggal dengan suami yang terlantar, bersama dua orang anak dan dua orang cucu, salah seorang anak saya adalah seorang ibu tunggal, salah seorang anak saya adalah ibu tunggal,

"pendapatan saya menjual makanan ringan di pasar Chukai tak seberapa, tak mampu untuk beli kerusi roda,"ujarnya ketka ditemui skuad BO.

Ulasan