'Che Long' Calon PAS PRK Kuala Besut

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/chelong%20baiah.jpgBESUT - Calon pilihan ramai, seorang kontraktor Kelas A anak jati Kuala Besut Haji EndUt @ Azlan Yusof, 48, telah diumumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan akan mewakili PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Beliau yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai 'Che Long' adalah aktivis PAS memegang amanah sebagai Bendahari PAS Kawasan Besut sejak tahun 2009 ditabalkan sebagai calon PRK pada jam 11.40 malam di Majlis Pengumuman Calon PAS di Kampung Nail, Kuala Besut pada Selasa malam, 9 Julai .

Pengumuman itu turut menamatkan teka-teki penduduk DUN Kuala Besut tentang siapakah 'gerangannya' yang dipilih PAS menentang calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Omar yang yang diumumkan pada petang Selasa oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis tersebut calon PAS, Haji Endut @ Azlan turut melafazkan bai’ah, janji setia bersama parti dan rakyat, menuruti setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Presiden PAS di hadapan hadirin melebih 5,000 orang [Gambar Atas]

Beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam kerja-kerja binaan bangunan dan kejuruteraan awam mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menlanjutkan pengkhususan dalam bidang terbabit dan memilikiSijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian .

Che Long lahir dan bersekolah di peringkat rendah dan menengah di Kuala Besut merupakan tokoh tempatan yang cukup mesra dengan penduduk persekitaran kawasan Dun Kuala Besut.

Beliau mempunyai seorang isteri bernama Che Zabiah Mohammad, 44, serta mempunyai enam orang anak berumur antara dua hingga 18 tahun.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasotion, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta pimpinan PAS Terengganu.

Ulasan