
Hari tersebut adalah hari pembuangan undi bagi pilihanraya kecil Kuala Besut yang bersejarah kerana ia merupakan pilihanraya kecil yang pertama, tidak sampai tempoh dua bulan pilihanraya umum kali ke 13 berlangsung.
Apabila ditanya, adakah sebelum ini, Che Long atau nama sebenarnya Endut@ Azlan Yusof perasan tentang kemiskinan hidup penduduk dalam Dun terbabit, Che Long menjawab memang ia perasan keadaan tersebut.
Namun katanya, sebelum ini, beliau menganggap kemiskinan hidup terutamanya penduduk dipinggir laut sepanjang pantai Kuala Besut adalah tanggungjawab kerajaan.
Ssbaliknya, setelah berkempen selama 12 hari sejak penamaan calon pada 12 Julai lalu, hati beliau cukup tersentuh dengan kehidupan penduduk terbabit.
Justeru, pada sidang media malam selepas keputusan PRK Kuala Besut diumumkan, Che Long menegaskan, beliau akan tetap menunaikan janjinya untuk membantu membina rumah bagi penduduk yang tidak bernasib baik itu.
Ulasan