Che Long Ziarah Allahyarham Lijah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/che%20long%20lijah%20kematian.jpgCalon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut, Haji Endot@Azlan Yusof yang lebih mesra dengan panggilan ‘Che Long’ sempat meluangkan sedikit masanya menziarahi satu jenazah meski pun dalam kesibukkan berkempen.

Jenazah Allahyarham Lijah Puteh, 77, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 malam Selasa lalu akibat sakit tua di rumahnya Kampung Alor Pisang, Kuala Besut.

Che Long meluangkan masanya hampir 15 minit untuk ziarah serta solat jenazah pada jam 2.15 petang sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Nail, dekat sini, untuk dikebumikan, 17 Julai lalu.

Kata Che Long, dalam kesibukkan berkempen pilihan raya ini beliau tidak mempunyai masa yang banyak untuk berada di sesuatu tempat.

“Alhamdulillah, dalam keadaan sibuk Che Long berkempen ini…Che Long sempat juga luang masa sekejap untuk ziarah dan solat jenazah Allahyarham Lijah Puteh yang meninggal dunia kerana sakit tua.

“Insya’Allah,…Che Long doakan semoga roh allahyarham Lijah dicucuri Rahmat Allah Ta’ala dan diberikan kesabaran kepada ahli keluarganya yang kehilangan insan tersayang,” ujarnya kepada Harakah.

Hadir sama menunaikan solat jenazah tersebut Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.

Ulasan