Cikgu Solah Rai Pesilat ' Aliff Baa' Yang Akan Tamat Latihan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/C%20Solah%20Silat%20Aliff%20Baa.jpgBESUT - Seramai 30 orang para pesilat muda dari pasukan seni silat 'Aliff Baa' di Kampung Pasir Badak, dekat sini, di raikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar. 

Beliau yang dtemui skuad BO berkata, pihak MTD menghadiahkan baju-T kepada para pesilat sempena Majlis Tamat Latihan yang akan diadakan pada hari Selasa 2 Julai.



"kita menghadiahkan baju-T kepada pasukan kepada pasukan seni silat 'Aliff Baa' di Kampung Pasir Badak Hulu Besut ini sempena Majlsi Tamat Latihan mereka yang akan diadakan esok (hari ini),

"(pasukan seni silat) telah ditubuhkan setahun yang lalu dengan anggota seramai 30 orang terdiri daripada belia sekitar kampung tersebut, saya mengucapkan tahniah keada mereka yang cekal menjalani latihan,"ujarnya.

Menurutnya, pasukan seni silat tersebut dibimbing oleh seorang guru silat, Mohamed bin Hamat yang aktif dalam seni mempertahankan diri tersebutdi sekitar daerah Besut sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, Mohamed telah bersara dapat dan mengembangkan seni silat itu ke kampung lain bagi menggalakkan para belia menjalani aktiviti yang positif dan meyihatkan tubuh badan serta mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.

Katanya, sumbangan Baju-T oleh MTD Hulu Besut itu ini akan dipakai oleh para pesilat pada 'Hari Pelimau' yang akan diadakan dan kerja-kerja persiapan Majli Tamat Latihan seperti mendirikan bangsal dan lain-lain dilakukan secara bergotong royong oleh para pesilat bersama penduduk kampung.

Ulasan