Demi 'Rakyat DiDahulukan', Muhyiddin Dicabar Batal Tanah Wakil Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/tanah%20wakil%20rakyat%20besut.jpgBESUT - PAS hari ini  mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin agar mengarahkan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said supaya membatalkan pemberian  2.5 ekar tanah ( satu hektar) kepada semua wakil wakil rakyat yang telah di dedahkan baru baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato' Tengku Hassan Omar, sidang media PAS pada hari Isnin,15hb Julai lalu, telah mendapat jawab balas daripada Menteri Besar Terengganu sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia, The Malay Mail.

Oleh itu, beliau berkata, PAS mahu memperjelaskan tentang kedudukan isu rampasan tanah rakyat di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), apabila kembali berkuasa semula pada tahun 2004.

Katanya, beliau yang juga mantan Pengarah Tanah dan Galian negeri Terengganu menafikan dakwaa Ahmad Said yang telah menuduh kerajaan PAS ketika itu tidak melakukan pemberian hak milik tanah secara mengikut prosedur.

"Kami ingin membuat penjelasan bahawa segala prosedur telah diikuti dengan sepenuhnya mengikut tatacara yang disebut di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) (dan) untuk mempercepatkan proses pelupusan tanah kerajaan telah menggunakan khidmat juruukur swasta. Kita telah berjaya mengukur lebih kurang 60,000 tapak rumah dan tapak pertanian untuk agihan kepada rakyat yang berhak.

"Dalam kes tanah di Kuala Besut sebenarnya tanah telah diberi milik secara Lesen Mendudukki Semntar (TOL, LMS). Lesen lesen it malangnya
telah dibatalkan oleh kerajaan BN tanpa apa apa sebab yang menasabah,"jelas Dato' Tengku Hassan.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PAS sepanjang Kempen Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, di markaz Tarbiah PAS Kampung Baru, disini hari ini.

Menurutnya, amat menyedihkan, apabila tanah-tanah itu dirampas kerajaan tidak membayar apa apa pampasan dengan alasan bahawa tanah ini adalah masih tanah kerajaan.

Namun katanya, walaupun tidak ada peraturan yang menuntut kerajaan supaya mebayar, tetapi tidak juga ada peruntukan yang menghalang kerajaan.

"(jadi) sesuai dengan keprihatinan kemanusiaan, (kerajaan BN sepatutnya) membayar gantirugi kepada tuan rumah yang berkenaan. Sepatutnya sebuah kerajaan yang 'mendahulukan rakyat' wajar membyar.

"Sebaliknya (bukan sahaja tidak bayar pampasan bahkan) ketika tanah rakyat dirampas, kerajaan BN Terengganu telah meluluskan tanah kepada 4 wakil rakyat seperti telah kami dedahkan," jelasnya.

Dalam sidang media pada hari Isnin, PAS telah mendedahkan empat wakil rakyat tersebut, Ahli Parlimen Besut Abdullah Mat Zin, ADUN Jerteh Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Pehemi Yusof telah menerima pemberian tanah sebanyak 2.5 ekar (1 Hektar) oleh kerajaan B Terenggau di kawasan pantai Dendong, Besut.

Oleh yang demikian, PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri supaya mengarahkan MB Terengganu membatalkan pemberian tersebut, sekiranya BN benar-benar mendokong dan menjunjung slogan 'Rakyat Didahulukan',

"Kami mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin mengarah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said supaya membatalkan pemberian  2.5
ekar tanah ( satu hektar) kepada semua wakil-wakil rakyat yang telah kami dedahkan baru baru ini.

"Tindakan adalah bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan  Rakyat di Dahulukan,"tegasnya

Ulasan