Dosa PRU-13; BN Tolak Pengundi Luar Sendiri

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/hilmi%20Harun.pngKUALA BESUT - Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengisytiharkan hari pengundian pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut pada hari bekerja, didakwa sebagai menurut perintah tuannya, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Harun [Gambar kiri] berkata, semakin SPR menafikan meraka adalah talibarut Umno-BN, tindakan SPR mengisytiharkan hari mengundi PRK Kuala Besut pada hari Rabu 24 julai adalah semakin jelas menunjukkan kemunafikannya.

"hipokrit SPR semakin jelas, tidak ada tujuan lain mengisytiharkan hari mengundi pada hari bekerja, selain menjadi 'talibarut' kepada Umno dan Barisan Nasional, menurut perintah 'tuannya',

"tidak pernah ada dalam sejarah pilihanraya sebelum ini, hari mengundi dibuat pada tengah-tengah minggu, menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi, edangkan mereka mendakwa membuka ruang seeluasnya untuk demokrasi,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat tinjauan di kawasan PRK Kuala Besut, di sini, semalam Jumaat 5 Julai.

Sehubungan itu, Ketua Unit Pendundi Luar Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Besut berkata, pegumuman tarikh pendundian pada hari bekerja itu adalah kerana 'dosa-dosa' yang dilakukan oleh Umno-BN sendiri kepada para pengundi luarnya pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/aris%20muhammad.pngAris Muhammad [Gambar kanan] mendakwa, Umno-BN telah berjanji untuk membayar sejumlah bayaran kepada pengundi luar mereka yang pulang untuk mengundi pada PRU-13, tetapi memungkiri janji.

"saya dimaklumkan, ramai pengundi luar Umno-BN yang dikhianati.......mereka diminta bersumpah, janji untuk dibayar sejumlah 'pitih', tapi sampai sekarang tak selesai........sebab itu Umno-BN takut untuk buat pilihanraya pada hari cuti,

"bimbang pengundi luar mengamuk, sebab mereka tak bayar pitih lagi,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, Umno-BN tidak mahu mengambil risiko bantahan pengundi luar mereka yang mungkin akan mengundi PAS kerana 'dosa' mereka dan mengisytiharkan hari mengundi pada hari bekerja.

Katanya, strategi Umno-BN itu 'dua lapis', selain mengelakkan bantahan pengundi luarnya, mereka cuba mengahlang pengundi luar PAS untuk balik mengundi.

Justeru, beliau menyeru agar para pengundi luar, baik daripada Umno-BN atau PAS dan Pakatan Rakyat supaya berusaha sedaya upaya untuk balik dan melaksanakan tanggungjawab kepada agama dan negara.

"bagi PAS, mengundi adalah satu tanggungjawab agama dan bagi pengundi Umno, tunaikanlah tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi bagi menentukan masa depan Kuala Besut, negeri Terengganu dan negara Malaysia,"ujarnya

Ulasan