PRK Kuala Besut; PAS Yakin Calon 'Pilihan Rakyat'nya Akan Menang

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Satiful%20(kanan)%20dan%20Hanafiah%20ketika%20ditemui%20selepas%20mempengerusikan%20Mesyuarat%20Operasi%20PR%20Dun%20Kuala%20Besut%20di%20Markaz%20Besar%20Pas%20Kampung%20Baru,%20Kuala%20Besut,%20di%20sini,%20semalama..jpgKUALA BESUT – PAS yakin calonnya yang bakal diumumkan adalah lebih baik untuk bersaing dengan calon BN kerana calon yang diumumkan oleh Umno-BN, Tengku Zaihan Che Omar kurang dikenali masyarakat setempat.

Pengarah Operasi PAS bagi Pilihanraya Kecil Kuala Besut Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, calon PAS adalah calon 'pilihan rakyat' yangakan menarik minat orang ramai memberi sokongan kepada PAS.

“Kita dimaklumkan dia anak setempat tetapi kurang dikenali kerana bekerja di luar. Kita akan letak calon yang lebih mendekati masyarakat, mesra rakyat dan ‘bergelumang’dengan denyut nadi orang Kuala Besut,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, di Markaz Besar Pas Kampung Baru, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman dan Adun Chukai, Hanafiah Mat.

Satiful yang juga Adun Paka menjelaskan, pihaknya turut bersedia berhadapan sesiapa sahaja calon diketengahkan BN pada PRK ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kemenangan akan berpihak kepada PAS berdasarkan hasrat rakyat untuk melihat perkembangan politik baru dalam negara tanpa menafikan kemenangan Pas sebanyak empat kali di kawasan itu.

Dengan kemenangan di Kuala Besut kali ini katanya, sudah tentu kedudukan Dun Terengganu seimbang dengan 16 BN dan 16 PR sekaligus mencetus sejarah baru dalam politik, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi negara.

“Kita dapat melihat satu perkembangan baru dalam politik. Mungkin ini merupakan pintu awal, bukan untuk Terengganu tetapi politik Malaysia,” katanya.

Ulasan