Ulamak sokong tentera ‘ditanam’ semasa rejim Mubarak


abu bakar chik ust
KUALA NERUS – Umat Islam diseru supaya mengambil pendapat terbanyak di kalangan ulamak bagi memutuskan sesuatu hukum dan jangan sesekali hanya menuruti pendapat seorang tokoh agamawan tertentu sahaja.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, tindakan beberapa orang ‘ulamak’ yang dilaporkan menyokong tentera Mesir merampas kuasa dan menggulingkan Presiden Mohamad Morsi dari tampuk kuasa, mengelirukan umat secara umumnya.


“jangan duk ingat (orang) alim tak sokong orang jahat……..di Mesir orang pergi masjid di tembak (dan) dibunuh oleh askar…….askar tu sokong Yahudi, sokong Amerika……tembak orang Islam yang duduk di masjid, kemudian jatuhkan (gulingkan) kerajaan orang Islam yang dipimpin (oleh) yang ‘hafiz’ al-Quran,

“tapi ada juga Sheikh Azhar sendiri, yang bernama Ahmed al-Tayeb…….orang yang paling besar dalam (universiti) al-Azhar yang sokong tentera bunuh orang Islam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah pada Majlis Iftar Jama’ei di Ma’ahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman, Kampung Tok Jiring dekat sini pada petang Selasa 30 Julai.

Menurutnya Sheikh al-Azhar dan bekas Mufti Mesir Sheikh Ali Gomaa yang menyokong tentera tersebut adalah ‘ditanam’ oleh rejim sebelum berlakunya Revolusi rakyat Mesir pada tahun 2011 yang lalu.

Selain kedua-dua orang alim itu, beberapa penguasa negara-negara Arab termasuk Arab Saudi, Emirate dan Kuwait turut menyokong kekejaman yang dilakukan oleh pihak tentera Mesir.

Oleh itu, beliau berkata, kefahaman dalam agama Islam mestilah mengikut pendapat ulamak yang muktabar, bukannya mengikut orang-orang tertentu.

“jadi janganlah kita………apabila kita berpegang dengan agama (Islam) ini, mestilah berpegang dengan pendapat jamaah, pendapat ulamak yang muktabar……..bukan ikut orang-orang yang tertentu (sahaja),”tambahnya.

Ulasan