Ustaz Wan Hassan 'Rehat dan Rawat' Di Hospital Dungun

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rehat%20dan%20rawat%20wan%20hassan.jpgDUNGUN - Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly sedang berehat dan mendapat rawatan di hospital Dungun sejak dua hari lalu.

Sebelum itu, pada 28 Jun lalu, beliau mengadu 'keletihan' sekembalinya dari menghadiri satu program di Muar Johor dan mendapat rawatan pesakit  luar di hospital yang sama.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sura, YB Wan Hapandi Wan Nik  berkata, Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun terpaksa berehat disatu premis lain setelah ketiadaan katil kosong yang sesuai di  hospital terbabit.

"pada 30hb Jun, beliau ke hospital semula dan dimasukkan ke dalam wad apabila terdapat kekosongan katil, Ustaz Wan dirawat kerana keletihan, kemudian dikesan mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah dan sekarang,"ujarnys ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau menafikan khbar angin yang mengatakan, Ustaz wan Hassan sedang di rawat di ICU dan ada juga yang mengatakan bahawa beliau dijangkiti oleh wabak denggi berdarah.

Ulasan