160 Anak Yatim Terima Sumbangan

adun sura sumbang1DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, YB Wan Hapandi Wan Nik meneruskan aktiviti kebajikan tahunan bagi Dun Sura yang telah dirintis ADUN Sura terdahulu, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Beliau telah meraikan dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim sempena hari raya Eidilfitri yang akan menjelang tiba dalam masa seminggu sahaja lagi.


Lebih 160 orang anak-anak yatim dari hampir 80 keluarga dari seluruh kampung Dun terbabit, telah menerima sumbangan dalam bentuk beras dan wang tunai.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah berlangsung di Bangunan PAS DUN Sura itu, bermula jam 9.00 pagi sehingga menjelang sebelum tengahari Jumaat, 2 Ogos 2013.

Anak-anak yatim yang menerima bantuan tersebut bukan hanya dikalangan ahli dan penyokong PAS sahaja, tetapi daripada pelbagai latar belakang politik.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil derma daripada orang ramai, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga penerima menjelang hari lebaran.

Ulasan