Masa berpolitik tamat, tumpukan usaha bantu rakyat?

20130712_173415BESUT – Pemimpin Umno dan Barisan Nasioanl (BN) di semua peringkat diingatkan, agar menghentikan politik yang merugikan rakyat dan menumpukan sepenuhnya kepada perkhidmatan dan menyampaikan kebajikan kepada rakyat.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan bahawa orang ramai yang sepatutnya layak menerima bantuan Dana Khas Hari Raya baru-baru ini telah dinafikan hak mereka, kerana politik semata-mata.


“Seorang penduduk dari sebuah kampung dalam Dun Jabi mengadu kepada saya……..Pengerusi JKKK kampung dia, marah ke dia bila dia tanya Pengerusi JKKK pasal borang ‘pitih rayo’ (dana khas hari raya),

“sebabnya hanya politik tohmahan, politik parti semata-mata, Pengerusi JKKK tu tuduh dia naik kereta PAS semasa pilihanraya umum ke -13 lalu,”ujarnya.

Dr Azman yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu berkata demikian ketika ditemui di Majlis Jamuan sempena Eidul Fitri, Muslimat PAS UPU Tembila, DUN Kota Putera.

Beliau berkata, pemimpin Umno sering mendakwa, bahawa pilihanraya telah tamat dan sekarang masanya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Sedangkan sebaliknya kata beliau, pemimpin Umno jugalah yang sebenarnya terus berpolitik, ‘balas dendam’ dan pilih kasih dalam menyampaikan bantuan kerajaan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat di kampung-kampung.

Ulasan