PAS Sabah sasar 25 institusi pendidikan sepanjang 10 tahun

sekolah endah islam tuaran2
KUALA TERENGGANU – PAS negeri Sabah melalui Lujnah Pendidikan PAS negeri Sabah telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Islam negeri Sabah yang bermula pada tahun 2010 sehingga tahun 2010.

Timbalan Pesuruhjayanya Cikgu Anuar Md Ali berkata, pelan yang memakan tempoh sepuluh tahun itu mensasarkan penubuhan 25 buah institusi pendidikan termasuk dari peringkat rendah, menengah, pondok dan madrasah serta perkampungan saudara baru bagi seluruh negeri.


“untuk makluman tuan-tuan kita telah membangun pelan pendidikan Islam negeri Sabah bermula dari tahun 2010 sehingg tahun 2020 melalui Lujnah Pendidikan PAS negeri Sabah yang mana kita mensasarkan sebanyak 25 institusi,

“samada pembangunan sekolah rendah islam, sekolah menengah Islam, pondok dan madrasah serta pembangunan perkampungan saudara baru (muallaf) diseluruh pelusuk negeri Sabah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis ringkas Pelancaran dana Pendidikan Islam PAS Negeri Sabah yang diadakan di pejabat Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Tok Jiring pada Khamis, 1 Ogos.

Oleh itu, beliau selaku Pengerusi Lujnah Pendidikan bagi negeri Sabah dan Sarawak melancarkan dana bagi pembangunan Sekolah Rendah Islam Al-Hafiz di Tuaran, Sabah, dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM300,000.

“Oleh itu itu kita melancarkan dana (pembangunan) Sekolah Rendah islam Al-Hafiz Tuaran Sabah yang merupakan sekolah yang kedua di negeri Sabah (dan) mensasarkan pungutan dana sebanyak RM300,000.

“untuk dibelanjakan bagi membina bangunan sementara yang akan digunakan pada bulan Januari tahun 2014 yang akan datang,”jelasnya

Menurutnya, dengan pelancaran dana pendidikan yang dibuat pada akhir Ramadhan 1434 tahun ini, dapat membuka peuang kepada seluruh umat Islam di negara ini meningkatkan sumbangan dalam usaha menyokong pembangunan Islam di negeri Sabah.

Ulasan