Politik Balas Dendam; Ahmad Said Hilang Arah!

rumah terbuka syed azmanKUALA TERENGGANU - Tindakan ‘politik diskriminasi’ dan ‘balas dendam’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said adalah kerana parti itu telah ‘hilang arah’ politik selepas mengalami kekalahan tujuh kerusi DUN dan dua kerusi parlimen pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu.


Pelbagai sekatan dan halangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu termasuk arahan Ahmad Said sendiri supaya pihak Yayasan Terengganu (YT) tidak menerima borang permohonan yang ditandatangani oleh wakil-wakil rakyat PAS dan Pakatan Rakyat.

Bukan sahaja pihak pembangkang menjadi mangsa malah ‘pengikut’ Umno sendiri dikalangan Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) telah menerima ugutan akan dipecat, ekoran kekalahan Umno, khususnya di DUN Chukai.

Selain itu, beberapa penjawat awam negeri dan persekutuan telah menerima amaran dan diminta menulis surat tunjuk sebab semata-mata kerana menunjukkkan sokongan dan menerima pmberian ‘kek’ sempena sambutan Hari Jururawat dan Hari Guru yang berikan oleh wakil-wakil rakyat PAS.

“sepatutnya tidak ada politik ‘balas dendam’ yang kita mahukan adalah pembelaan kepada rakyat yang miskin yang perluakan bantuan, tanpa mengira parti, kaum dan agama,

“kalaulah tindakan diskriminasi kepada rayat semata-mata keana kepentingan politik adalah tidak wajar dan tidak menguntungkan rakyat dan kerajaan negeri,”ujar ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau yang mengulas isu terbabit ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbukanya di Batu Burok, pada Ahad 11 Ogos berkata, kerajaan negeri Terengganu yang kaya mampu memberikan kebajikan kepada seluruh rakyat.

Beliau menyeru, dengan semangat hari raya Eidul Fitri agar Ahmad Said mengambil kira suasana dan keadaan politik negeri Terengganu supaya menilai kembali segala tindakan yang telah diambil.

“dengan semangat hari raya ini kita (meminta) supaya kerajaan mengambil kira persoalan, suasana dan keadaan sekarang ini untuk dia (Ahmad Said) menilai kembali dalam keadaan sekarang ini di negeri Terengganu ini,

“dari segi pemerintahan beliau (Umno-BN), dia mesti memahami sokongan dan dokongan kepada PAS dan Pakatan rakyat begitu hampir dengan majoriti yang ada kepada beliau,”jelanya. [Lihat Video]

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS dan mantan pensyarah sains politik universiti tempatan turut kesal dengan tindakan Ketua-ketua Jabatan samada negeri atau persekutuan yang memberi amaran serta meminta ‘tunjuk sebab’ kepada penjawat awam yang menerima hadiah ‘kek’ dari wakil-wakil rakyat PAS.

“itu pun satu perkara yag amat-amat tidak munasabah………bukan sahaja jururawat…….guru-guru juga yang menerima kek daripada PAS dan Pakatan Rakyat telah pun diberi amaran, saya diberitahu (dan) ada guru-guru yang menelefon saya memberitahu mereka telah diberi amaran,

“tindakan ini amat-amat tidak wajar kerana PAS dan Pakatan Rakyat juga merupakan parti (politik) yang sah dalam sistem demokrasi yang ada dalam negara kita sepatutnya diberi ruang untuk bersama-sama dalam masyarakat,

“meberikan khidmat kepada masyarakat (yang) bukan hanya milik keajaan Umno-BN tetapi PAS dan Pakatan Rakyat perlu diberikan ruang untuk bersama dalam (sambutan) Hari Guru ke…….Hari Belia ke………..(dan) Hari Jururawat……,”tegasnya.

Ulasan