Solat Hajat dan Qunut Nazilah Untuk Pejuang Mesir

IMG-20130814-WA003Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam dan ahli-ahli PAS, khususnya ahli-ahli Dewan Ulamak untuk mengadakan Qunut Nazilah dalam solat fardhu Asar, Maghrib dan Isya hari ini 14hb ogos 2013.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ia bagi mendoakan kemenangan umat Islam Mesir yang sedang berjuang.


“Dalam keadaan umat Islam di Mesir yang memperjuangkan hak berkerajaan yang dirampas oleh tentera sedang digempur, ditembak dan dibunuh syahid oleh perampas kuasa, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam dan ahli-ahli PAS,

“khususnya ahli-ahli Dewan Ulamak untuk mengadakan Qunut Nazilah dalam solat fardhu Asar, Maghrib dan Isya hari ini 14hb ogos 2013,”ujarnya melalui satu kenyataan ringkas yang dihantar kepada pihak media.

[Lihat dan dengar Video Rempuhan Kenderaan Tentera Mesir]

[Lihat dan Dengar Video Bunyi Tembakan Peluru Hidup] 

Dalam perkembangan yang sama, dengan perkembangan terbaru di Mesir, Setiausaha Badan Perubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali mengarahkan semua masjid, surau dan markas Dgn perkembangan terbaru di Mesir, semua masjid, surau & markas kita diarahkan mengadakan solat hajat & penerangan mana yg mampu mulai malam esok 15 Ogos (malam Jumaat)

Ulasan