Stesyen Minyak Petronas Menjadi Sasaran Penyamun

IMG-20130819-WA0000DUNGUN – Stesyen minyak Petronas Rantau Abang, dekat sini, menjadi mangsa jenayah yang berleluasa masakini, apabila sekurang-sekurangnya tiga penjenayah bersenjatakan pistol dan parang menyamun stesyen terbabit.

Menurut saksi kejadian, penyamun terbabit menaiki sebuah motosikal dan sebuah kereta Perodua Viva melakukan perbuatan jenayah tersebut pada kira-kira jam 7.30 malam, pada Ahad 18 Ogos.

“Samun Petronas Rantau Abang Dungun….. Kes baru berlaku (kira-kira) 15- 20 minit yang lalu. Peyamun bersenjata pistol dan parang menaiki kereta Viva putih, 3 orang (kemudian) menghala ke Marang dan Kuala Terengganu, plate kereta TAB 5879 atau TAT 5879…….. viva putih,”menurut pesanan ringkas yang dihantar ole saksi yang tidak mahu dikenali.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Haji Alias Harun mengesahkan kejadian tersebut.

“Ya….betul seperti yang dilaporkan,”ujar YB Alias ketika dihubungi buletinonline pada jam 11 lewat malam semalam dan menurutnya, kejadian berlaku selama lima minit ketika waktu maghrib ketika pekerja stesyen minyak tersebut mahu menunaikan solat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor [gambar bawah kanan] bersama Unit Forensik dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan penyisatan sebaik pemilik stesyen minyak membuat laporan.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM4,600 berupa wang tunai sebanyak RM4,000 dan kad telefon prabayar berjumlah RM60

Ulasan