ERT Teruskan Operasi

KEMAMAN – Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer – COO) Pasukan Tindak Kecemasan atau yang dikenali sebagai Emergency Response Team (ERT), Haji Zulkifli Mat Yakim berkata, pasukannya akan meneruskan operasi berpusat di sebuan premis yang kini menjadi markas ERT di Taman Chukai Utama dekat sini.
Katanya, Bilik Gerakan Banjir PAS Kemaman dengan rasminya Yang DiPertua Pas (YDP) Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, semalam, 16 Disember, tetapi ERT meneruskan operasinya menghadapi sebarang kejadian atau bencana.

“AlhamduliLlah, banjir sudah surut dan kerja-kerja yang berkait dengan musibah banjir telah selesai dan YDP Kemaman telah pun mengumumkan penutupan pusat gerakan banjir,
“saya berharap ia tidak jadi satu salah faham, ERT terus beroperasi kerana aktivitinya bukan sahaja melibatkan musibah banjir sahaja,”ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, buat masa ini ERT sedang melengkapkan skuad skuba bagi persedian menghadapi sebarang malapetaka atau kejadian yang tidak diingini yang melibatkan air, samada di laut, sungai, tasik atau seumpamanya.

Ulasan