Pemikiran ‘Gen Y’ Kritis

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengadakan satu majlis makan malam yang dinamakan “Jasamu Dikenang” bagi menghargai jasa kepimpinan lama DPPNT yang terdahulu.
Majlis yang dikhususkan bagi mengenang jasa mantan ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang bersara wajib pada pemilihan yang lalu dan menyaksikan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dipilh sebagai ketua yang baru.

Dalam ucapan penghargaannya Ustaz Kamaruzzaman berkata kekuatan DPPNT dan berada di tempat sekarang ini adalah hasil dari sumbangan orang-orang terdahulu.
Sambil mengucapkan selamat bertugas kepada Ustaz Mohd Nor di posisi baru beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu, beliau juga melahirkan hasrat untuk melihat Pemuda mencari lebih banyak peluang bagi membantu PAS Terengganu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 (TPJ 1)PAS Terengganu Dr Alias Razak yang menggantikan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful yang tidak dapat hadir.
Sementara itu Ustaz Mohd Nor mengucapkan terima kasih atas segala bantuan Pemuda PAS selama beliau menerajui DPPNT samada bantuan dari dalam ataupun luar.
Bagi beliau, kerjasama serta gandingan kepakaran semua dalam DPPNT yang memberikan kekuatan Pemuda dan percaya hal tersebut mesti diteruskan bagi melangsungkan kecemerlangan dan bergerak lebih jauh lagi.
Bagi beliau, kerjasama serta gandingan kepakaran semua dalam DPPNT yang memberikan kekuatan Pemuda dan percaya hal tersebut mesti diteruskan bagi melangsungkan kecemerlangan dan bergerak lebih jauh lagi.
Beliau turut menyentuh berkenaan cabaran generasi Y yang dilihat perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
“Generasi Y ini pemikiran mereka sebenarnya kritis bagi sesuatu isu.
Pemuda juga perlu gerakkan minda generasi ini bagi yang masih terlena agar tidak mudah ditipu dan sedar apa yang terjadi di sekeliling mereka,” saran beliau ketika berucap di Majlis itu. pada Jumaat 19 Disember.
Beliau yang kini adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, mengakhiri ucapannya dengan memberi ingatan agar Pemuda tidak merasakan bahawa merekalah yang memulakan perjuangan ini dan menjadi pengakhirnya sebaliknya perlu memahami bahawa mereka hanyalah penyambung perjuangan.
“Berkerjalah bagi mencari redha Allah buakn untuk nama dan tujuan lain,” pesan beliau kepada Pemuda.
Majlis diakhiri dengan penganugerahan watikah perlantikan oleh TPJ 1 kepada seramai 31 ahli jawatankuasa (Ajk) yang dipilih serta dilantik.
Seramai 13 orang Ajk telah dipilih dalam pemilihan yang lalu manakala 18 lagi dilantik bagi memenuhi kuota Ajk DPPNT.

Ulasan