Pemuda PAS Lupuskan 10 Tan al-Quran

tmp_IMG-20131229-WA0059-402886825KEMAMAN – Banjir luar biasa yang melanda daerah ini pada awal bulan Disember lalu, telah menyebabkan banyak rumah penduduk, masjid dan surau turut ditenggelami air.
Ekoran kejadian itu, ribuan kitab suci al-Quran serta naskah surah Yasin yang rosak kerana ditenggelami air akibat bencana tersebut.

Bagi menjaga kesucian ayat-ayat ‘Allah’ tersebut, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah mengambil inisiatif menubuhkan satu skuad khas yang bertindak mengumpulkan dan melupuskannnya mengikut kaedah yang betul, bersesuai dengan hukum syarak.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) Ustaz Ramlan Mahmood berkata, pengumpulan ‘naskah’ yang rosak telah dimulakan sebaik banjir surut pada 7 Disember.


Menurutnya, skuad khas tersebut telah menyebarkan ‘mesej’ memberitahu orang ramai secara lisan dan tulisan termasuk melalui media sosial.

“kita mula kumpulkan sejak banjir surut, tak silap saya hari ke empat selepas banjir, skuad yang diketuai oleh Haji Sukiman sebarkan mesej membuat pemberitahuan,

“dan kemudian kita pergi ke setiap lokasi, premis yang ada Quran atau surah Yasin yang rosak itu untuk membuat kutipan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses pemunggahan naskah al-Quran dan Yasin yang rosak ke daklam sebuah lori di surau Taman Jaya, Chukai, dekat sini pada Ahad 29 Disember.

Katanya, usaha tersebut diambil bagi menjaga kesucian ayat-ayat suci al-Quran yang merpakan ‘Kalam Allah’.

“tujuannya adalah untuk manjaga kesucian ayat-ayat suci al-Quran yang wajib kita pelihara, ia adalah ‘kalam Allah’ dan mesti diambil perhatian oleh semua Islam,

“kita telah kumpulkan di semua taman-taman perumahan dan kampung di ekitar DUN chukai dan DUN Air Putih, jelasnya.

Menurutnya, usaha DPPKK turut mendapat sokongan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pihak swasta.

Dua buah lori 5 tan yang disumbangkan pihak swasta dan diusahakan oleh pihak DPPKK telah digunakan untuk mengangkut naskah yang rosak tersebut ke Kuala Lumpur.

“semua naskah yang rosak itu akan dihantar ke pusat pelupusan ayat-ayat Quran yang rosak di Cheras Kula Lumpur, pusat pelupusan yang diseliakan dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” kata Ustaz Ramlan.

Ulasan