ADUN Sura Lebih Senang Bergerak Dengan ‘Kapcai’

wan hapandi rakyatDUNGUN – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, YB. Haji Wan Hapandi Wan Nik biasa kelihatan bertemu rakyatnya dalam kawasan dengan hanya menunggang motosikal ‘kapcai’.

Menurutnya, dengan menunggang motosikal memudahkan beliau menyusuri jalan-jalan kampung untuk memenuhi undangan serta menziarahi masyarakat setempat.

Petang Isnin lalu, beliau yang diiringi Ketua PAS Cawangan Alor Tembesu@Sura Gate, Haji Hassan Abd Aziz singgah di rumah seorang warga emas, Timah binti Jusoh, 62, menyampaikan sumbangan kerusi roda.

Beliau sempat menyantuni dan menghulurkan sumbangan kepada seorang OKU, adik Nur Syuhada Abdullah, 14.

Pada tengahari Rabu 29 Januari, beliau ke Kampung Telok Lipat, menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang buruh, Aziz Daud, 50, yang menetap di rumah PPRT bersama isteri dan anak-anaknya sekeluarganya.

Sementara semalam, tengahari Khamis di kampung yang sama, beliau menziarahi dan bertanya khabar keadaan seorang pemuda yang mengalami kemalangan jalan raya.

Menjelang Tahun Baru Cina, beberapa orang warga Tionghua yang menetap di Kampung Telok Lipat bertuah kerana telah dikunjungi Wan Hapandi.

Beliau yang lebih ‘mesra’ dengan panggilan ‘Cikgu Wan Pendi’ mengagihkan sekotak limau mandarin kepada setiap warga Tionghua yang telah lama tinggal di kampung tersebut.

Jadual sehrian beliau agak ketat, namun begitu, khidmatnya diteruskan sehingga selepas solat Asar, menunaikan solat jenazah Abd Rahman Muda, 68, berasal dari Kampung Tanah Lot.

Jenazah disembahyangkan di Surau Kubur, Kampung Molek tealh diimamkan oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Ulasan