12 Januari 2014

Ahli Qaryah Masjid Kulim Bantu Mangsa Banjir Rantau Abang

alias terima sumbangan1DUNGUN – Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kulim Kedah turun padang menyampaikan bantuan mangsa banjir di DUN Rantau Abang.

Wakil rombongan seramai enam orang dari daerah Kulim itu Cikgu Hj Wan Mamat berkata, masjid telah membuat kutipan sejak sebulan yang lepas bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Dungun.

Beliau yang juga rakan baik YB ADUN Rantau Abang, YB Haji Alias Harun berkata, selain daripada wang ringgit, pakaian terpakai juga mereka kumpulkan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“AlhamduliLlah hajat qariah masjid Kulim tercapai pada hari ini dengan misi bantuan yang diatur oleh pihak MTD Rantau Abang.

“saya dihubungi oleh sahabat dari Kulim untuk datang menghantar bantuan, dan hari ini mereka berada di sini,”ujar Haji Alias ketika berucap mengalu-alukan kedatangan rombongan tersebut.

Delegasi tersebut juga sempat pergi sendiri ke 6 buah rumah yang terlibat banjir di Kampung Tok Kah untuk menyampaikan sumbangan beras dan barang keperluan harian lain.

Hj Wan Mamat menambah, bantuan yang disampaikan itu adalah setakat termampu bagi menyempurnakan tanggungjawab sosial sesama Islam dan Melayu amnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...