13 Januari 2014

Ahmad Said Dinasihatkan Supaya Bertaubat

Hj Hanafiah1KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak ke daerah Kemaman.

Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat DUN Chukai dan yakin pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Najib adalah hasil duit rakyat, bukannya wang Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Bagi pihak saya dan seluruh rakyat kemaman, yang pertamamnya, mengucapkan terima kasih kerana Perdana Menteri bersedia menyampaikan bantuan,

“yang mana bantuan ini saya yakin ianya daripada pembayar-pembayar cukai dan juga penderma-penderma daripada kerajaan dan kerajaan memberi balik kepada rakyat yang mengalami musibah di Kemaman,”ujarnya ketika ditemui dirumahnya semalam, Ahad 12 Januari.

Namun begitu, beliau kesal dengan ucapan Menteri Besar Terengganu yang disifatkannya sangat menyeleweng sebagai seorang Islam.

Beliau menyarankan Ahmad Said bertaubat kerana menurutnya, ucapan yang sombong dan angkuh seperti itu bukan sahaja mengelirukan bahkan bolehmenyebabkan gugurnya ‘syahadh’ seseorang.

“Hari ini juga ramai orang datang berjumpa dengan saya, memberitahu bahawa ucapan MB Terengganu sangat menyeleweng.

“Saya berasa sangat berdukacita dan kesal dengan ucapan ini dan saya mohon supaya MB bertaubat kepada Allah serta jangan angkuh dan sombong kerana MB berkata ‘kerana pembangkang menanglah di Kemaman ini maka banjir besar berlaku’,”jelasnya.

Haji Hanafiah yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman menggesa Ahmad merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah as-Saba dalam ayat 15 dan 16 yang menyatakan jelas kepada banjir ini datang daripada Allah, apabila manusia sudah lupa dan lalai kepada Allah.

Katanya, dalam surah Nuh juga, Allah menceritakan bahawa apabila manusia melakukan kejahatan lalu Allah datangkan musibah supaya manusia itu sedar dan beriman kepada Allah.

“Jelas ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah menyatakan bahawa banjir ini adalah datang daripada Allah. Bukan kerana PAS menang ataupun bukan parti-parti lain ataupun perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan banjir.

“ Ini saya rasa satu kenyataan yang sangat mendukcitakan sama ada kepada umat Islam di Terengganu ataupun di seluruh Malaysia,”tegasnya.

Tiada ulasan:

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang ...