18 Januari 2014

Bantuan banjir: PAS Gesa Permudahkan, Pantau Penyelewengan

KEMAMAN – Agihan bantuan banjir yang dirasmikan pemberiannya oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak baru-baru ini bukan sahaja disifatkan sebagai merumitkan bahkan menambah beban mangsa bencana terbabit.

Yang DiPertua PAS Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid berkata PAS kesal kerana kaedah pengagihan barangan bantuan tersebut tidak sistematik dan boleh menjurus kepada penyelewengan.

“rata-rata penerima menyatakan tidak puas hati terhadap kaedah pengagihan tersebut, di mana mereka perlu menunggu untuk suatu jangka masa panjang,

“dan perlu melalui pelbagai ‘saringan birokrasi’ sebelum menerima bantuan tersebut, termasuk mendapatkan pengesahan JKKK,”ujarnya
 
Katanya, keadaan itu menyebabkan nasib mangsa banjir tidak terbela dengan sebaiknya, walaupun banjir yang melanda sebulan yang lalu, telah surut sekian lama.

Oleh itu, beliau menuntut penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan jumlah bantuan yang disalurkan kepada setiap keluarga kerana bantuan yang diakwa berjumlah RM5,000 itu, dilihat tidak setara dengan barang yang diterima.

“ADUN Chukai YB Haji Hanafiah telah membuat semakan dan mendapati harga barangan yang diperoleh jauh lebih kecil daripada jumlah yang diumumkan……… ia boleh menimbulkan kesangsian umum.

“kita juga menggesa pihak berwajib untuk meneliti prosedur terbaik agihan bantuan kepada mangsa banjir dan memberi perhatian terhadap unsur penyelewengan yang mungkin berlaku,”tegasnya

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...